Testing...testing..

بسم الله والسلام على رسول الله

Testing my new Windows Live Writer service...to see if it's working...and alhamdulillah, it works!

Makan ikut jenis darah?

بسم الله والسلام على رسول الله

Aku terbaca kat majalah Astroview keluaran Mei, ada satu artikel berkenaan dengan pemakanan...tajuknya 'Diet mengikut kumpulan darah'. Menarik, aku pun teruskanlah membaca (sebenarnya baca nak tengok ada citer apa hari ni kat Starworld..huhu)

Disebabkan ada info yang berguna untuk kita semua, di sini aku lampirkan ringkasan dari apa yang tertulis kat artikel tu. Siapa2 yang ada langgan Astroview (edisi BM), boleh baca sendiri keluaran Mei di muka surat 36. Or you can follow this link to the author's page. Em, not the author of that article, but yang empunya idea...hehehe.

Menurut Dr Peter D'Adamo dalam bukunya yang berjudul 'Eat Right for Your Type', makanan yang kita makan akan mengalami tindak balas kimia yang menghasilkan satu faktor yang dikenali sebagai lectin, iaitu kesan gumpalan kandungan protein tinggi dalam makanan itu dengan faktor lain yang boleh memberi kesan kepada darah.

Walau bagaimanapun, kebanyakan protein jenis ini tidak merbahaya kerana sistem imunisasi manusia mampu melindungi badan daripadanya. 95% lectin dinyah segera dari tubuh badan, sementara 5% lagi akan dirembes ke aliran darah, lalu menghasilkan pelbagai kesan pada organ2 tertentu bergantung pada jenis darah yang ditemuinya.

Dr D'Adamo membahagikan makanan kepada 3 kategori: 1) makanan yang sangat digalakkan kerana boleh bertindak sebagai ubat @ penawar, 2) makanan yang dibenarkan kerana tidak membahayakan kesihatan, dan 3) makanan yang seharusnya dielakkan kerana boleh menjadi 'racun' kepada organ dalam badan.

Di sini dinyatakan, bagi mereka yang berdarah O (sama macam aku), mereka digalakkan makan makanan laut, daging, hati, garam, bayam dan brokoli. Dan antara makanan yang dilarang termasuklah gandum (isk..takleh makan cekodok lagi pasni...), jagung, pepucuk (yang tumbuh secara bercambah), kubis bunga dan biji sawi.

Bagi darah A (dikenali sebagai penggemar sayuran), mereka digalakkan makan sayuran hijau, nanas, minyak sayuran dan kacang soya. Mereka perlu elakkan antaranya makan daging (betul ke ni...?), hasil tenusu, dan gandum.

Bagi yang berdarah B, mereka boleh makan kebanyakan daging dan sayuran. Cuma yang perlu dielakkan jagung, kekacang, bijan dan gandum (dari tadi asyik takleh makan gandum..macam tak logik la pulak). Bagi kumpulan darah AB, profil diet sama seperti yang berdarah B, tapi mereka perlu elakkan satu lagi, daging merah.

Well, that's all about it. Anda perlu penjelasan lebih lengkap, boleh dapatkan buku Dr D'Adamo di pasaran (ada kot, agaknya...hehe). Aku pun rasanya kena lebih berhati2 dalam pemakanan...dan sama2 la kita menjaga kesihatan. Jangan lupa bersyukur atas pemberian Allah yang menjadikan kita sihat. Mafhum hadith yang pernah aku belajar dulu; 2 nikmat yang mana manusia sering lalai dengannya, sihat dan masa lapang.

Have a nice life!

Melayu...satu puisi

بسم الله والسلام على رسول الله

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika benar
Kecut takut kerana salah
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati anak
Jangan mati adat

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

Isteri solehah : the requirement

بسم الله والسلام على رسول الله

Ini antara emel yang pernah aku dapat dulu...senang nak cari isteri solehah ni. Tapi sebenarnya, susah...huhu. Ambillah pelajaran darinya.

Tamatkanlah penantian SOLEHAH itu dgn mempercepatkn pembinaan SOLEH!

“Susah betul nak cari isteri solehah,” luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan. “Macam cari gagak putih,” tambahnya.

“Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat,” katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.

“Dah kahwin?” Akhirnya saya bertanya.

“Belum lagi….”

“Kenapa?” dia pula tersenyum. “Belum dapat yang solehah?” saya terus mengusik.

“Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin…Dah terlajak le ni.”

“Oh gitu...biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!” usik saya lagi.

“Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang”.

“Kalau tak jumpa, macam mana?”

“Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?”

“Apa syaratnya?”

“Syarat-syarat wanita solehah…mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat…”

“Macam tu tak susahlah…ramai yang ada syarat - syarat macam tu,” balas saya.

UKUR TAKWA

“Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa,” katanya lagi.

“Macam mana pula nak ukur takwa tu?” tanya saya.

“Tu yang pening. Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!”

“Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?” pelawa saya.

ADA CARA LAIN

“Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?”

“Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh…Cuba cari ciri-ciri suami soleh…bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati…Ukur iman dan takwa kita”.

“Nak ukur iman & takwa kita…susah tu. Itu soal maknawi”

“Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain. Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa…lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu. Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah.”

TERLALU IDEAL

“Habis tu…saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?”

“Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah.”

“Ok gak tu! Serampang dua mata,” katanya.

“Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana.”

“Maksudnya?”

“Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat - sifat solehah itu ‘on going process’(dibina secara berterusan). Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi.”

MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN

“Boleh lebih kurang lah ni ye?”

“Salah tu…Panduan dan ajaran Islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan.”

“Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?”

“Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin rumahtangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita…”

“Oh saya faham.”

“Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebaliknya…untuk dirinya dinilai dengan piawai
soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!”

“Alhamdulillah…saya harap jodoh saya akan tiba nanti.”

“Amin…tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh!"

WinXP vs Vista

بسم الله والسلام على رسول الله

Aku ada argue dengan sorang member berkenaan dengan OS yang paling best setakat ni. Dia guna WinXP, aku pulak Vista. Macam2 la yang kitorang bincangkan, interface la, security, compatibility, hardware requirements...etc2...

Sebenarnya, guna OS mana2 pun sama je...asal boleh buat kerja sudah. Dua2 pun ada kelebihan, ada kekurangan masing2. Takde masalah pun sebenarnya..huhu.

But seriously, pada aku, kalau jenis PC yang menjadi idaman ramai ni (selalu ada orang pinjam @ guna), Vista lagi best sebab ada Parental Control. Boleh kawal penggunaan PC ikut waktu2 yang anda sukai. Apabila tiba waktu yang anda restrict, PC anda akan secara automatik memaparkan skrin log on. Jadi, tiada lagi masalah penggunaan PC overtime...huhuhu.

Parental Control screen

Satu lagi ciri best pada Vista (certain edition only) adalah complete PC backup. Orang mcm aku, yang suka godek2 PC sampai jahanam memang sangat memerlukan benda ni. Sebenarnya ada je software yang boleh kita guna utk backup, macam Nero 7, tapi setakat ni, complete backup ni je yang boleh digunakan (baca: aku gunakan) utk restore windows kalau kita langsung takleh log on, iaitu menggunakan windows recovery environment sebelum startup.

Selain dari 2 ciri ni, contohnya Windows Aero, Sidebar, Start Menu, Winflip, Live Icon dan lain2 yang melibatkan graphic interface, kita boleh dapatkan installer untuk digunakan di WinXP. Untuk Aero, anda boleh menggunakan Vistamizer - ada kebanyakan ciri2 Aero macam Winflip, Live Icon, Sidebar..etc. Ada 2 version, 2.2 dan 2.5. Version 2.2 lagi stable, tapi masalah kat 2.5 tu cuma kat winflip saje (ikut pengalaman aku la), jadi anda boleh untick winflip time installation. It should do the trick, insya Allah.

Untuk start menu, anda boleh download ViStart. Kat site ni juga ada start button yang melengkapkan lagi penyamaran OS anda...huhu.

Make no mistake...this is XP, not vista

Penghujung tahun lepas, Microsoft ada keluarkan SP3 untuk WinXP. Reviews yang aku baca mengatakan bahawa performance SP3 lagi bagus dari Vista, "well, it's Vista without the crap," kata diorang. Member aku ada la download tapi dia tak notice pun apa2 perubahan besar kat PC dia. Sama je macam dulu, katanya.

Aku pun tak tau sebab bila aku nak download je, link tu dah tak available lagi. Takpun PC aku yang tak ready for the update. Mungkin gak Microsoft takut Vista tak laku...huhu.

Untuk review SP3, boleh baca di sini. Untuk Vista, di sini.

Kalau tak berminat, boleh klik link2 di sebelah kanan screen. Have a good day!

Wallahu a'lam.

Isk...sedih gilerr...

بسم الله والسلام على رسول الله

Everyday is the same for me. Bangun tido, semayang subuh, tido balik, bangun, makan, jemur baju, duduk depan laptop, makan lagi, semayang zuhur, duduk depan laptop lagi, semayang asar, angkat dan lipat baju, tido kejap, bangun, mandi, semayang maghrib, post-maghrib activites, makan, semayang isyak, tengok tv, duduk depan laptop lagi....dan tido...

Next day, the cycle starts all over again. I guess sampai aku ke Kuantan nanti...

6 bulan..tanpa apa2 sumbangan utk sesiapa pun, tanpa apa2 aktiviti untuk perkembangan minda...rasa mcm hidup yang tidak berguna...

Dalam bilik kecik ni la aku memerap...bilik yang kecik...namun di hadapan mata aku terbentang dunia yang luas...dan melalaikan.

Wallahu a'lam.

life's like this...

بسم الله والسلام على رسول الله

Dalam pukul 3 petang tadi, member aku dari New Zealand bagitahu yang Dr Mahathir telah resign dari Umno. Jadi tadi, aku pun dudukla kat depan tv, dan memang betul jangkaan aku, berita ni jadi berita utama.

Banyak gak yang Dr Mahathir cakap tadi, tapi ada satu ungkapan yang menarik perhatian aku. Tapi dah diolah semula oleh aku la. Bukan exact macam ni.

"Dulu masa saya jadi ketua negara, apa saya buat untuk negara dan semua orang puji saya, melangit pulak tu. Tapi bila saya dah letak jawatan, saya kritik sikit je pasal jambatan bengkok tu, semua orang maki saya."

Betul jugak kata Dr Mahathir tu. Dunia biasa la, suka mengampu. Bila kita di atas, semua orang suka kat kita, tapi bila dah kat bawah, huhu...baru la kita rasa...

-Sigh-...politik...

Wallahua'lam.

Kenapa Agaknya?

بسم الله والسلام على رسول الله

Tiba-tiba hari ni aku teringat pada satu laporan berita (Buletin Utama) masa PRU-12 baru saja berlalu. Masa tu berita sedang melaporkan reaksi beberapa pihak berkenaan dengan pertukaran kerajaan Pulau Pinang dari Gerakan ke DAP.

Apa yang menarik perhatian aku pada waktu tu ialah reaksi seorang pemimpin Melayu ketika ditanya mengenai situasi tersebut. Apa yang mengejutkan (hmm..sebenarnya tak terkejut sangat pn) adalah jawapan beliau, yang menyatakan kerajaan sepatutnya membatalkan semua projek mega di Pulau Pinang sebagai hukuman terhadap rakyat yang mengundi pembangkang.

Dalam hati ni terdetik...adakah ini memang sikap turun temurun orang Melayu? Adakah seorang Melayu itu memang secara semulajadi bersikap DENGKI terhadap kejayaan orang lain? Heran jugak kengkadang. Walhal pemimpin2 Gerakan masih lagi ingin agar kerajaan pusat meneruskan semua projek yang telah dirancangkan, walaupun mereka kalah teruk dan tumbang di Pulau Pinang.

Ketepikan soal politik. Kita berfikir secara waras sekarang. Patutkah mereka dihukum kerana menyokong pembangkang? Jikalau demikian, di mana letaknya nilai demokrasi yang mereka sanjung2 selama ni?

Kesal jugak kadang2 dengan sikap dengki mendengki ni. Sana sini aku terbaca mengenai orang mempertikai dan mempersoalkan kemunduran bangsa melayu, yang pastinya terkait dengan sifat dengki. Tak boleh tengok kedai orang sebelah maju sikit, difitnahnya konon dia gunakan tangkal pelaris. Tak boleh tengok orang berjaya dlm exam, difitnahnya orang tu meniru. Isk...sedih2.

Masalahnya, adakah ini berkait dengan bangsa? Pada pandangan aku, tidak. Tidak ada salahnya dengan bangsa Melayu. Tidak semestinya seorang berbangsa Melayu itu kuat mendengki. Ia berbalik pada DIRI SENDIRI sebenarnya. Mentaliti diri sendiri yang disokong dengan mentaliti masyarakat sekeliling yang menjadikan seseorang itu menjadi sedemikian.

Aku bukan ahli dalam bidang politik, namun sesekali apabila memerhatikan gelagat politikus, hati ini berdetik. Sampai bila masyarakat Melayu harus menjadi seperti ini...?

Seharusnya ada orang yang bertindak untuk merubah keadaan ini.

Siapa?

Kita! Mulakan dengan diri kita sendiri!

Wallahu a'lam
_____________

Terima Kasih Cikgu!

بسم الله والسلام على رسول الله

Semalam, sekolah tempat aku kerja dulu buat majlis perpisahan. Buat gitu2 je, utk aku dan 2 cikgu lain. Bila time nak balik, budak2 yang kuang hajo dgn aku dulu, ramai2 berbaris pastu mintak maaf.

Aku masa tu rasa malas sangat nak pandang muka diorang. Salam sekadarnya, dengar tak dengar, pastu terus naik moto dan blah selajunya. (Afterall, diorang yang buat aku melarikan diri dulu.)

Dalam perjalanan balik tu, tiba2 aku rasa hiba plak. Aku rasa macam aku plak yang jadi budak2. Padahal diorang nak mintak maaf je pun...

Kesimpulannya, aku memang tak layak jadi guru. Aku takde kesabaran dalam melayani kerenah budak2. Aku takde ketrampilan dan wibawa. Apa nak buat, jadi cikgu ni pun main terjah je. Ingatkan senang, rupanya masya Allah...

Kalau nak ikutkan, time sekolah dulu, lagi banyak salah aku buat. Tidur dalam kelas (sampai matrik pn still tidur lagi), bising, main2 kat kelas @ Lab, songlap barang2 bioLab (boss criminal, hehehe), baling potassium kat tandas SMAKJ (sehingga mengakibatkan letupan - tapi bukan aku yang buat), tak buat homework, copy assignment n report (sampai 3 kali kena warning) dan pelbagai lagi la...ish3...

Mujur semua guru2 aku dari sekolah rendah sampai matrik sabar2 orangnya, dan mujur mereka tak lari macam aku. Kalau tak, apa jadi kat aku tak taula.

Jadi, sempena hari guru hari ni, mari kita kenang jasa orang2 yang mendidik kita selama ni, hingga kita mampu mencapai tahap di mana kita sekarang. Alhamdulillah, dan terima kasih cikgu!

Guru adalah jurutera insan
- kata-kata guru tuisyen add math aku time kat SMAKJ

Fikir-fikirkan...

بسم الله والسلام على رسول الله

Satu lagi artikel...dari sahabat aku, yang sekali lagi kena tepat kat batang hidung aku...isk3...boleh patah hidung aku lama2 camni. Apa boleh buat, dah memang betul pun...terima je la...dan sama2 kita mengambil iktibar daripadanya.

Antara Blog dan Blogger

Semoga penulisannya memberi manfaat bagi kita dan semoga Allah merahmati beliau, amin.
Wallahu a'lam.
_____________

Subuh...di mana aku?

بسم الله والسلام على رسول الله

Jom baca artikel ni...tepat kena kat batang hidung aku...baca la sampai habis...dan sama2 kita mengambil faedah darinya.

Praying Fajr reflects how much you love Allah the Almighty

Semoga ganjaran yang besar Allah berikan kepada penulis artikel ni...amin.
Wallahu a'lam
_____________

Nashidine IV...utk para Mujahidin

بسم الله والسلام على رسول الله

Jom dengar lagu ni..nasyid yang dinyanyikan dalam era Bosnian Muslims Struggle dalam pertengahan 90'an...di mana ramai orang Islam di Bosnia dibunuh, diperkosa dan diseksa, tapi sedikit sekali tentera Islam yang ada untuk mempertahankan mereka...

Aina Jundu 'l-Muslimeen...sampai sekarang pun kita masih tertanya, Palestin dan al-Quds terus bergolak, sedang saudara dekat mereka (orang2 Arab) masih sibuk dengan persidangan tanpa tindakan...kita sendiri (baca: aku), apa yang kita buat??!!

Liriknya tak lengkap...puas aku search, ini je yang dapat...siapa2 dapat betulkan (lirik @ maknanya) aku amat berterima kasih...aku terjemahkan dari English (aku rasa ada salah kat kat translation tu) yang aku rasa paling dekat dengan teks arab yang ada ni. Ada sebahagian rangkap yang aku tak tahu...saamihni ya ikhwaan...sapa nak teks arab, ada kat aku...

Unknown Artist - Ayna Jundu 'l-Muslimeen

Ayna jundu 'l-Muslimeen 2x
Ayna hum mimma nu'ani min wuhuusyin haqeedin

Di mana tentera Muslimin?
Di mana mereka ketika kami menderita serangan raksasa yang dengki?

Fi Sarayifu dimaa'
Taghmuru 'l-'ardha 'l-fadhaa'
Sorihaati bi 'l-nidaa'
Tastatsiiru 'l-naa-imiin

Sarajevo penuh dengan darah
Yang memenuhi segenap ruang tanah
Dan para wanita menjerit dan memanggil
Mereka yang sedang terlena

Lau nazhartum lid-dhahaya
Li tara mithla 'l-shazhaya
Haulahum ... Al-manaya
Wa 'l-nashara yarqusun

Jika anda melihat para mangsa
Anda akan lihat mereka bertaburan dalam cebisan
Sekeliling mereka bulatan kematian
Dan orang-orang Kristian yang sedang menari

Dzabahuna bi 'l-shiyahi
Waramuna fi 'l-miyah
Wa akhi 'anni ...
... bi maalin au banun

Mereka menyembelih kami ...
Dan melempar kami ...
...
...

Masjidi qad haddamuhu
Wa hilali kasaruuh
Wa abi lam yarhamuuh
Raghma atsqaali 'l-siniin

Mereka musnahkan masjidku
Dan menghancurkan bulan sabitku
Ayahku tidak mereka kasihani
Walaupun umurnya telah lanjut

Manzili lam yatrukuuh
Fawqa ra'-si qawamuuh
Kullu syai-in afsaduuh
Tahta 'aini 'l-muslimeen

Rumahku mereka tidak tinggalkan
Mereka musnahkannya di atas kepalaku
Mereka musnahkan segala sesuatu
Di depan mata para Muslimin
'Ardhu abkari 'stabiih
Wasoghiri dza dzabiih
Wa dima-i fi 'l-suthuuh
Tastatsiiru 'l-na-imiin

(belum dapat diterjemahkan)

Ibnati shorat sabiyya
Ba'da ma 'aasyat abiyya
Laitani dzaqtu 'l-maniyya
Qabla ma 'ardhi yaruuh

Anak perempuanku tertawan
Dia menjadi kebanggaanku sebelum ini
Aku harap agar aku mati
Sebelum maruahku diinjak seperti ini

Nahnu arbaabu 'l-kifaah
Lau tamallakna 'l-silaah
La-ataina bi sobaah
Wa 'nthawa 'l-laylu 'l-haziin

Kami boleh berjuang sendiri
Andai senjata milik kami
Kami akan datang pada waktu pagi
Dan malam-malam kesedihan akan berlalu

Laisa ghayra 'l-ittihaad
Munqidzan haadzihi 'l-bilaad
Min solibiyyin araad
Lau yubaada l-muslimuun

Tiada selain perpaduan
Yang dapat menyelamatkan negara ini
Dari tentera-tentera Salib
Yang ingin melenyapkan umat Islam

Dengar di sini [Ayna Jundu 'l-Muslimeen]
Ctrl + click utk dengar di tab lain.
Wallahu a'lam
______________

Nashidine III...for friends

بسم الله والسلام على رسول الله

Satu lagi lagu dari Ahmed Bukhatir, tajuknya Ya Akhi.

Aku transliterasikan terus dari teks arabnya. Malas aku nak taip huruf2 arab...leceh...huhu.

Begitu menyentuh hati dan meruntun jiwa, erti seorang sahabat, nilai sebuah persahabatan...ambillah iktibar dari seni kalimah2nya, dan dengarkanlah alunan nasyidnya...sama2 kita menjadi sahabat yang baik kepada sahabat kita...
Jika ada salah dalam transliterasi atau maknanya, sudikanlah menegur..aku hanya insan yang lemah.

Ahmed Bukhatir - Ya Akhi

Ya akhi...
Idnu minni la tada'ni ya akhi
Ya syaqiqa 'r-ruuhi minni ya akhi
Ya dhiyaa qalbi wa darbi ya akhi
Ya akhi...ya akhi...

Oh My Brother!
Come closer to me, don’t leave me, my brother
Oh you who are a part my soul with, my brother
Oh the light of my heart and my way, my brother
Oh my brother, Oh my brother…

Ad-duna hauli zhalamun haalikun
Fa-anir darbi wa baddid zhulmati
Nuuruka...O nuuruka fajrun Thaali'un
Minhu absortu Thariiqa 'l-jannati

The world around me, is in darkness and corruption
So put light in my path and change my darkness
With your light, ah your light is a dawn rising
From it I see the vision of a path that leads to Al-Jannah


Ya akhi...
Anta ba'da 'llah man ufdhi lahu
Ma biqalbi min asan au law'ati
Fi kiila 'l-haalain alqaaka ma'i
Haadhiran fi wuhsyati au farhati

Oh My brother…
After Allah, to you I share my sadness
I have nothing bad in my heart against you
In all times, I see you with me
Present you are with me in my sadness and happiness

Kullu man hauli saraabun khaadi'un
Yad'i hubbi wasidqa mawaddati
In sofa 'eisyi famaa aktsaruhum
'Ajaban aina hum fi syiddati

All those around me are like a mirage, a mirage that deceives…
That claims it loves me, and is true kindness
If my life is at ease, there's many of them around me
Such a surprise (Ajaban), where are they in my times of hardship?

Ya akhi...
Anta la ghairuka min duuni 'l-waraa
Mukhlisu 'lli ya akhi fi suhbati
Lasta tarju min widaadi ghaayatan
Rifqatun fi 'llahi ni'ma 'l-rifqati

Oh my brother!
You is the one who is truly faithful
You are so loyal to me in friendship
You don’t treat me with kindness only for a want to fulfill
Friendship in the sake of Allah, the best of friendship there is

Wajhuka 'l-wadhaa-u alfaitu bih
kulla ma'nan lil'ulaa wa 'l-rif'ati
mudda li yumnaaka kai namdhi ma'an
fi thariiqi 'l-nuuri darbi 'l-'izzati

With your face that lights, you treat me with kindness
With all the meaning of the highness and elevation
Reach out to me your right hand
So we could go together in the path of light
In the path of 'izzah

In dahatni fi hayaati kurbatun
Kunta li 'aunan yujalli kurbati
Au 'araani 'l-dha'fu yauman ji'-tani
Ta'tali dha'fi wa tadzki himmati

If in my life, a misery afflicts me
You were there to help me get over my misery
Tired, Weakened I was the day you came to me
You cared for me, saw my weakness and gave me strength

Dengar di sini [Ahmed Bukhatir - Ya Akhi]
Ctrl + click utk dengar di tab lain.

Nashidine II

بسم الله والسلام على رسول الله

Di samping kita mengenang jasa ibu pada hari ini, aku rasa ada baik gak kalau kita bersama mengingati ayahanda kita...kenangkan jasa baiknya selama ini yang membesarkan kita, mencari nafkah dan menyara hidup sekeluarga...jangan bila kita dewasa, kita tinggalkan ibu bapa di rumah orang2 tua...sedih hati mereka berjauhan dengan kita...

Aku bawakan satu lagi lagu dari Ahmed Bukhatir (Hasan yang memperkenalkan aku dengan munshid ni...tq san), tajuknya Mubhirun, mengenai rintihan seorang ayah yang ditinggalkan anaknya...sama2 kita mengambil pelajaran darinya...

Ahmed Bukhatir - Mubhirun

mubhirun fii dzikrayaatii yasma'un najmu syakaati
Kenangan bertamu di fikiranku, hingga bintang mendengarkan keluhanku

hal turaani saufa alqa ba'dhohum qabla mamaati
Adakah dapat aku bertemu mereka sebelum kematianku?

aqbiluu la tatrukuunii ya baniyya waya banaatii
Kemarilah! Jangan tinggalkanku...wahai anak-anakku!

mundzu an faaraqtumuuni lam ta'ud tahlu hayaati
Sejak kalian meninggalkanku, hilang sudah kemanisan hidupku...

mubhirun fii dzikrayaatii yasma'un najmu syakaati
Kenangan bertamu di fikiranku, hingga bintang mendengarkan keluhanku

saahirun fi 'l-laili wahaadi aktumu syakwa wa ubdii
Setiap malam aku terbangun sendirian, memendam keluhan...terkadang mengungkapkan

kullama athraqtu saalat dam'ati min fauqi khaddi
Setiap kali aku tunduk, menitis air mata di pipiku

baina judraanin huduudi walma'asi duuna haddii
Diriku terbatas antara dinding-dinding, namun penderitaanku telah menembusinya

kullu abna'i nasauni wa nasau hubbi wa wuddii
Semua anakku melupakanku, melupakan kasih dan sayangku

raghma 'azmi lastu aqwa aina laila aina salwa
Di sebalik kekuatanku, aku tidak mampu bertahan...di mana Laila, di mana Salwa?

yauma kaanat fii sibaaha tasytari lu'ban wa halwa
Saat kamu masih kecil, kubelikan mainan dan halwa (manisan)

hal nasaiti 'atfa baabaa tal'abiina waanti nasywa
Apakah kamu lupa kasih sayang Baba (ayah) ketika kamu senang bermain, juga kamu, wahai Nasywa?

aina ahmadu aina saami aqbiluu falummru yuthwa
Di mana Ahmad, di mana Sami...Kemarilah! Hidup ini sementara!

yaa layaali sa'di uudi khallisiini min quyuudi
Wahai malam2 kebahagiaan, kembalilah! Bantu aku melepaskan penderitaanku

innani ma 'udtu adri ayyu ma'nan min wujuudi
Sesungguhnya aku tidak lagi sedar apa erti kewujudanku

anqidiini kafkifiiha admu'an fauqal khuduudi
Tolonglah aku, usaplah air mata dari pipiku!

hal turaani saufa abqa kai araahum min jadiidi
Adakah aku dapat terus hidup sehingga aku dapat melihat mereka lagi?

yasyhadu dam'u bianni ghariqun fii bahri huzni
Air mata ini menjadi saksi bahawa aku telah tenggelam dalam lautan duka

farhamu qalban kasiiran warhamu dha'fi wa sinni
Kasihanilah hati ayahmu yang rapuh! Kasihanilah kelemahanku dan umurku!

in nasaitum lastu ansa maadhian maa ghooba 'anni
Andai kamu lupa, maka aku takkan lupa...masa lalu tidak pernah hilang dari ingatanku

aqtha'u dzahra wahiidan bil amaani wattamanni
Telah kutempuh hidupku keseorangan dengan harapan dan impian

haddani thuulu suhaadi wal asaa yakwi fu'aadi
Sungguh mata ini tak dapat terpejam, dan hati penuh luka dan duka

kullama tsarat syujuuni shihtu yaa rabbal 'ibaadi
Setiap kali kesedihan menerpa, aku bermunajat; wahai Rabbal 'Ibaad!

yaa ilaahi jud bi 'afwin waj'alil qura'aana zaadi
Wahai tuhanku, anugerahkanlah keampunanMu, dan jadikan Al-Quran sebagai bekalku

kun li-awladi mu'iinan wahdihim darba 'l-rasyaadi
Jadilah Engkau penolong anak2ku...dan tunjukkan mereka jalan2 kesejahteraan

Allahumma 'ghfir zunoobi wa liwalidayya warhamhuma kama rabbayaani saghiira...

Dengar di sini [Ahmed Bukhatir - Mubhirun]
Ctrl + klik untuk dengar di tab lain


Nashidine...edisi Hari Ibu

بسم الله والسلام على رسول الله

Ini adalah lagu Ahmed Bukhatir, tajuknya Ummi, kali pertama dengar, rasa sayu sangat, teringat kat mak...bila balik cuti, masa dalam komuter @ bas, bila dengar lagu ni, rasa tak sabar nak sampai rumah...huhu. Malam tadi tengok citer Demi Masa (cerekarama TV3), tak sangka plak lagu last dia lagu ni. Pandai pengarah dia pilih lagu...(selalunya ntah lagu apa2 ntah time credits tu).

Lirik ni aku copy paste dari blog orang gak ni, mungkin ada salah dari transliterasi @ maknanya, harap2 sapa yang tau mana salahnya, bagitau kat aku ye...pasal transliterasi tu, bolehla cek sambil2 dengar...


lasaufa a'udu ya ummi uqabilu ra'saki 'z-zaaki
Aku akan segera pulang wahai ibuku...akan ku kucup kening suci mu

abuth-thuki kulla ashwaqi wa arsyufu 'iThra yumnaaki
Akan kutumpahkan segala rinduku...dan akan ku cium wangianmu

umarrighu fii tharaa qadamaaiki khaddi hiina alqaaki
Bersimpuh di kedua kakimu dan mendekatkan pipiku pada kaki mu

urawwit turba min dam'i suruuran fi muhayyaaki
Akan kubasahi tanah dengan aimataku kerana bahagia berdekatan denganmu

fakam asharti min lailin li-arquda mil-a ajfaani
Berapa malam kau terjaga hanya agar aku tidur nyenyak

wakam azhma'-ti min jaufin litarwiini bitahnaani
Dan berapa kali kau kehausan untuk menghilangkan dahagaku dengan kebaikanmu

wayauma maridhtu la ansa dumuu'an minki kal maThari
Dan pada waktu aku sakit takkan kulupa air matamu yang jatuh seperti hujan

wa 'ainan minki saahiratan takhafu 'alayya min khaThari
dan mata itu yang tak pernah terpejam kerana khuatir akan diriku

wayauma wada'ina fajran wa maa aqsaahu min fajri
Dan waktu perpisahan kita di pagi yang sangat berat dan menyiksakan

yahaarul qaulu fi wasfil ladzi laaqaiti min hajri
Tidak dapat kugambarkan perasaan yang kau lalui tatkala pemergianku

wa qulti maqalatal laa ziltu muddhakkiron biha dahri
Dan kau mengatakan kata-kata yang tak pernah aku lupa

muhaalun an tara shadran ahanna alaika min shadri
'Tak akan pernah kau temukan hati yang menyayangimu melebihi hatiku'

muhaalun an tara shadran ahanna alaika min shadri
"Tak akan pernah kau temukan hati yang menyayangimu melebihi hatiku...."

bibirriki ya munaa 'umrii ilaahul kauni aushani
Dengan berbakti kepadamu - wahai tumpuan hidupku - Tuhan semesta alam berpesan kepadaku

ridha-uki sirru taufiiqi wa hubbuki wamdhu iimanii
Keridhaanmu adalah rahsia kejayaanku dan mengasihimu adalah tanda kesempurnaan imanku

wasidqu du'aiki 'n-farajat bihi kurabi wa ahzaani
Dengan doa ikhlasmu hilanglah segala kesusahan dan kesedihanku

widaaduki laa yushathiruni bihi ahadun minal basyari
Kasih sayangmu takkan tertandingi oleh siapapun di dunia ini

fa-anti 'n-nabdhu fi qalbii wa anti 'n-nuuru fii bashari
Engkau adalah degup jantungku dan engkau adalah cahaya mataku

wa anti 'l-lahnu fii syafatii bi wajhiki yanjali kadari
Engkau adalah melodi bibirku...dengan memandang wajahmu hilanglah segala kesusahanku

ilaiki a'udu ya ummii ghadan artaahu min safarii
Wahai ibu aku akan segera pulang esok untuk berehat dari pengembaraanku

wayabda'u 'ahdiya 't-tsani wayazhul ghushnu bizzahrii
Memulakan hidupku yang baru seperti bunga yang tumbuh di ranting2 pohon

Selamat Hari Ibu buat semua ibu di dunia ni...especially for the best mother in the world; my mom...

Dengar di sini [Ahmed Bukhatir - Ummi]
*Tekan ctrl utk dengar kat tab lain.

Lagu...ada makna tu...

بسم الله والسلام على رسول الله

Aku dah lama cari lagu ni, tapi sampai sekarang tak dapat lagi. Dulu2 masa SPM, aku tulis lagu ni pastu letak bawah alas meja. Bila ngantuk je, aku baca. Naik la jugak sikit2 semangat aku...huhu. Lagunya aku dah ubah dari yang asal, aku tak ingat sangat lirik asal dia.

Jangan kau gentar pada bayang2 sendiri
Disebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina satu keindahan baru
Phoenix bangkit...

Bina jambatan menuju ke seberang
Dengan darah, keringat dan air mata
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan, dirindukan
Demi Tuhan tiada lain, demi Tuhan...

Aku sedar perjuangan menuntut ilmu memerlukan pengorbanan, dengan darah, keringat dan air mata...tetapi setelah kita berjaya menyeberang dari kejahilan kepada pengetahuan, masa tu segala pengorbanan akan menjadi kenangan terindah...lebih2 lagi bila perjuangan kita lillahi ta'ala...alangkah manisnya...

Slightly stinging sensation

بسم الله والسلام على رسول الله

Dulu masa sekolah rendah, aku selalu nyanyi lagu ni. Masa kecik2 dulu tak terfikir pun, tapi bila dah besar ni (lagi2 lepas PRU-12), baru aku teringat balik kat lagu ni, & baru dapat faham sket2...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Islam kan gagah di Nusantara

-End-

Aku bimbang di suatu masa nanti bila yang memerintah adalah bukan Islam, apa akan jadi kat negara ni...mungkin jadi seperti Singapura..??

Tanbiihu 'l-Ghaafiliin - Peringatan Bagi Yang Lupa

بسم الله والسلام على رسول الله

Satu petikan dari bab Ikhlas, moga2 memberi manfaat atas diri aku dan semua yang lain.

Abu Laits Nashr Bin Muhammad Bin Ibrahim As-Samarqandi meriwayatkan; Saya telah diceritai oleh beberapa ulama' dengan sanad mereka yang langsung dari Uqbah Bin Muslim dari Samir Al-Ashbahi dari Abu Hurairah r.a. berkata, saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

Apabila hari kiamat maka Allah akan menghukum di antara semua makhluk, dan semua umat akan bertekuk lutut. Dan yang pertama sekali dipanggil adalah orang yang mengerti Al-Quran, orang yang mati di jalan Allah, dan orang kaya.

1. Maka Allah bertanya kepada orang yang pandai Al-Quran: "Tidakkah Aku telah mengajarkan kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusanku?"

Jawab orang itu, "benar ya Tuhanku."

Allah berkata, "lalu apa yang engkau perbuat terhadap apa yang engkau ketahui itu?"

Jawabnya, "saya mempelajarinya pada waktu malam dan saya kerjakannya di waktu siang."

Firman Allah, "dusta engkau!" Malaikat juga berkata, "dusta engkau! Sebaliknya engkau hanya ingin disebut sebagai Qari, ahli dalam Al-Quran, dan sudah disebut sedemikian."

2.
Lalu dihadapkan orang kaya lalu ditanyakan, "Engkau telah berbuat apa dengan harta yang telah Aku kurniakan kepadamu?

Jawabnya, "saya telah belanjakan untuk membantu keluarga dan bersedekah."

Firman Allah, "dusta engkau!" Malaikat juga berkata, "dusta engkau! Kau berbuat itu kerana ingin disebut sebagai dermawan, dan telah disebut demikian."

3.
Seterusnya dipanggil orang yang mati di jalan Allah dan disoal: "kenapa kau terbunuh?"

Jawab orang itu, "Saya berperang di jalanMu hingga saya terbunuh."

Allah berkata, "dusta engkau!" Malaikat juga berkata, "dusta engkau! Engkau hanya ingin disebut sebagai pahlawan yang gagah berani, maka yang demikian sudah disebut."


Kemudia Nabi memukul lututku dan bersabda: "wahai Abu Hurairah, ketiga orang itulah yang pertama sekali dibakar dalam api neraka pada hari kiamat."

(dipetik dari kitab Tanbihul Ghafilin karangan Al-Faqih Nashr Bin Muhammad Bin Ibrahim As-Samarqandi)

:: Ikhlaslah dalam beramal, janganlah mengharapkan pujian dari makhluk...pujian makhluk itu sia-sia, pandangan Allah itulah hakikatnya...

Hebrew @ Ibrani

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam masa2 takde kerja kat rumah ni, aku ada juga bukak2 beberapa laman web ttg cara nak belajar bahasa2 lain. Banyak gak la yang aku pikir2 nak belajar, macam bahasa Jepun, Arab pn (nak bagi mantap..huhu). Sedang aku dok surfing tu, teringat pulak satu azam yang pernah aku buat kat ITKKB, yang aku nak belajar bahasa Hebrew. Jadi aku pn search la ttg bahasa Hebrew ni, jumpa satu web yang berguna, dan aku pn belajarla.

Tengah syok2 membelek huruf2, tetiba datang makcik aku...dia tanya aku buat apa. Aku pun jawab yang aku tengah belajar bahasa Yahudi. Makcik aku nampak macam terkejut, then dia kata, buat apa la ko belajar bahasa mengarut tu...

Bila dah kena tegur macam tu, aku pun terfikir...buat apa aku nak belajar bahasa lain sedangkan bahasa Arab aku pun belum mantap lagi. Aku fikir kalau lagi ramai yang tahu, mesti diorang akan cakap aku ni poyo giler, bahasa Arab tak pas, Quran tak ingat, sibuk nak wat kerja sia2...

Aku pn tak tau nak cakap apa masa tu. Lepas tu barula aku teringat yang dulu, arwah Sir Nawawi (lecturer BI aku kat ITKKB) ada bagi satu ungkapan masa kelas pertama aku dengan dia, aku tak pasti tapi rasanya kata2 hukama': 'siapa yang belajar bahasa sesuatu kaum itu, maka dia akan selamat dari tipu daya mereka'. Barula aku rasa apa yang aku buat ni tak sia-sia...

שמע ישראל יהוה אלוהים יהוח אפר
Hear O Israel the Lord is our God, the Lord is ONE...Deut 6:4

::on the other hand, kalaulah nama tuhan dibenarkan ditulis dengan kalimah Allah dalam Bible, ayat ni insya Allah dapat menggoyahkan akidah kristian mereka (triniti)...apapun ini hanya pandangan peribadi, mungkin ada salahnya...wallahu a'lam.

Pembuka kalam...

Bismillahi 'l-Rahmani 'l-Rahim...

Apsal aku buat blog ni? Sebab Drome la yang dok promote kat aku..huhu. Well, lagipun ramai orang lain buat blog gak...so, what the heck..I'm in...

1st thing that crossed my mind (dlm 2 tahun lepas) bila orang sebut blog ialah online diary. Ada gak terlintas kat kepala kenapa la orang nak buat diary, then tunjuk2 kat orang lain. Macam expose-kan personal life pulak. Tapi bila trend blogger ni semakin menjadi popular (tambahan pula peranan yang dimainkan oleh blogger2 ni dalam PRU-12), barulah aku dapat apa signifikannya blog ni dalam kehidupan maya sekarang.

Memang betul blog ni macam expose personal life seseorang, tapi apa yang lebih penting ialah pengajaran yang dapat kita ambil dari pengalaman blogger tersebut, ataupun apa2 info yang dikutip serta terpamer kat blog dia. Dari situ kita dapat belajar tentang hidup dari perspektif yang berbeza. Kadang2 blogger tu mengalami situasi yang kita tak pernah alami, jadi melalui pengalaman dia mengatasi masalah tersebut, kita dapat bersedia andai perkara tersebut terjadi kepada diri kita.

Aku ada jugak terbukak blog2 sahabat2 aku yang lain. Peh, bila aku baca kat blog tu, baru la aku sedar yang mereka tu bukannya kawan2 aku yang biasa, yang selama ni dok gelak2, makan2 biskut sesama, tengok citer 'team medical dragon' sesama..hehehe. Aku terasa malu plak dgn diorang. Diorang dlm tgk2 citer @ makan2 biskut pn dalam hati masih ada sifat pejuang Islam, masih ada kesedaran menggunakan wasilah yang ada utk mengembangkan dakwah (kata omputih, utilize every weapon at their disposal), sedangkan aku terus lalai dibuai kenikmatan dunia, tenggelam dalam keasyikan yang tiada penghujungnya...masya Allah...

Mungkin dalam masa terdekat ni aku masih layan citer TMD, Prison Break, Desperate Housewives, masih dengar lagu2 lagho, masih sibuk dengan urusan dunia, posting2 aku kat blog ni pn mungkin banyak yang lagho, tetapi mulai saat ni, aku tanamkan keazaman, aku bulatkan tekad, yang aku nak jadi seorang pejuang Islam. Aku cintakan Allah dan aku kasihkan Rasul, wahai Allah, bantulah aku dalam menjadi pejuang dijalanMu...wahai sahabat2, bantulah aku menjadi Muslim yang lebih baik...

Wallahu a'lam.

About this blog

بسم الله والسلام على رسول الله

-Posting ni dibuat lama selepas posting pertama, tapi saja je letakkan tarikh lebih awal. Huhu. Posting awal tu tak baca pun takpe-

Assalamualaikum ikhwan dan akhawat sekalian. Selamat datang ke blog yang tidak sepertinya ini. Haha. Terima kasihla sebab nak jugak klik blog aku (walau dari mana pun anda sampai).

Aku baru je nak menceburkan diri dalam bidang pem-blog-an ni (orang lain ada blog, aku pun sibuk nak ada blog...ilmu takde...huhu). Memang banyak salah dan silap, terutamanya kekadang tu bila aku ghairah sangat nak kongsi ilmu (atau lebih tepat lagi...nak penuhkan arkib :D ). Kalau anda perasan pun, di awal2 posting blog ni, ntah apa2 yang aku letak. Pasal lagu pun boleh jadi posting...hehe. Kalau anda perasan jugak, hampir setiap hari ada je posting baru (yang kebanyakannya tak berguna).

Well...sebenarnya, aku dalam kebosanan yang tidak terkata.

Aku cuba nak mengisi masa lapang ni dengan menulis blog. Kadang2 terasa jugak ada faedahnya, terutamanya masa aku nak pastikan yang posting aku tu benar2 menepati syara' (tak banyak posting agama pun..huhu) serta mempunyai sumber yang sahih (walaupun the fact is somewhat still not proven right).

Maka menjajaulah aku ke serata laman web untuk mencari maklumat sokongan serta link2 yang boleh mengukuhkan posting aku. Laman web yang sangat jarang malah tak pernah pun aku sampai sebelum ni pun dah aku jejaki. Dalam proses ni jugak, aku dah melawat banyak blog2 yang dibina oleh kawan2 aku yang lain. Kebanyakannya mempunyai pelbagai pengisian yang amat berguna -alhamdulillah-, dan aku berusaha untuk menjadi seperti mereka.

Jadi, kepada anda para pembaca, ambillah masa untuk melayari blog2 yang aku dah letakkan link tu. You'll be amazed, in fact, you'll never believe that -that blogger- is the same person you met everyday. Trust me.

Di samping itu, sebarang teguran amat aku hargai. Kesudian anda menyinggah blog ni pun means world to me. Ada ilmu yang anda dapat di sini, sebarkanlah. Mudah2an pahalanya terus berjalan, walaupun kita telah tiada...

(sekadar teringat ending setiap tazkirah petang dan maghrib sekolah aku..."alhamdulillah kita telah mendengar tazkirah yang bertajuk sekian sekian, semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua dan harap anda dapat sampaikan kepada mereka yang tidak dapat bersama kita pada hari ini. Kita tutup majlis ini dengan kaffaratul majlis dan surah al-'asr")


Wallahu a'lam.

FIKIRLAH APA AKHIRNYA, SEBELUM ENGKAU MEMULAINYA...