Kenapa Agaknya?

بسم الله والسلام على رسول الله

Tiba-tiba hari ni aku teringat pada satu laporan berita (Buletin Utama) masa PRU-12 baru saja berlalu. Masa tu berita sedang melaporkan reaksi beberapa pihak berkenaan dengan pertukaran kerajaan Pulau Pinang dari Gerakan ke DAP.

Apa yang menarik perhatian aku pada waktu tu ialah reaksi seorang pemimpin Melayu ketika ditanya mengenai situasi tersebut. Apa yang mengejutkan (hmm..sebenarnya tak terkejut sangat pn) adalah jawapan beliau, yang menyatakan kerajaan sepatutnya membatalkan semua projek mega di Pulau Pinang sebagai hukuman terhadap rakyat yang mengundi pembangkang.

Dalam hati ni terdetik...adakah ini memang sikap turun temurun orang Melayu? Adakah seorang Melayu itu memang secara semulajadi bersikap DENGKI terhadap kejayaan orang lain? Heran jugak kengkadang. Walhal pemimpin2 Gerakan masih lagi ingin agar kerajaan pusat meneruskan semua projek yang telah dirancangkan, walaupun mereka kalah teruk dan tumbang di Pulau Pinang.

Ketepikan soal politik. Kita berfikir secara waras sekarang. Patutkah mereka dihukum kerana menyokong pembangkang? Jikalau demikian, di mana letaknya nilai demokrasi yang mereka sanjung2 selama ni?

Kesal jugak kadang2 dengan sikap dengki mendengki ni. Sana sini aku terbaca mengenai orang mempertikai dan mempersoalkan kemunduran bangsa melayu, yang pastinya terkait dengan sifat dengki. Tak boleh tengok kedai orang sebelah maju sikit, difitnahnya konon dia gunakan tangkal pelaris. Tak boleh tengok orang berjaya dlm exam, difitnahnya orang tu meniru. Isk...sedih2.

Masalahnya, adakah ini berkait dengan bangsa? Pada pandangan aku, tidak. Tidak ada salahnya dengan bangsa Melayu. Tidak semestinya seorang berbangsa Melayu itu kuat mendengki. Ia berbalik pada DIRI SENDIRI sebenarnya. Mentaliti diri sendiri yang disokong dengan mentaliti masyarakat sekeliling yang menjadikan seseorang itu menjadi sedemikian.

Aku bukan ahli dalam bidang politik, namun sesekali apabila memerhatikan gelagat politikus, hati ini berdetik. Sampai bila masyarakat Melayu harus menjadi seperti ini...?

Seharusnya ada orang yang bertindak untuk merubah keadaan ini.

Siapa?

Kita! Mulakan dengan diri kita sendiri!

Wallahu a'lam
_____________

0 komen:

FIKIRLAH APA AKHIRNYA, SEBELUM ENGKAU MEMULAINYA...