Showing posts with label Tanbih. Show all posts
Showing posts with label Tanbih. Show all posts

Free Palestine!

بسم الله والسلام على رسول الله

This is my view regarding: Palestine

Apabila kita mendapati kesukaran yang melampau menimpa kita, begitu juga apabila musuh melampau-lampau menindas kita, maka kita memerlukan 2 adab yang hebat bersama Allah swt. Ini terdapat pada peribadi Rasulullah. Kita mengambil kedua-duanya dari baginda.

Adab pertama itu adalah pengaduan kepada Allah, bukan kepada makhluk.

Menanti bantuan, sokongan, serta pertolongan itu bukanlah dari manusia. Mereka tidak memberi faedah mahupun kemudaratan. Bukan juga dari barat mahupun timur. Tetapi ianya dari Allah sahaja.

"Ya Allah, aku mengadu kepadaMu"

Dalam riwayat yang lain, "KepadaMu aku mengadu"

Jadi, pengaduan itu kepadaNya dan bukan kepada makhlukNya.

Pengajaran kedua, baginda tidak menyebut; "Aku mengadu kepadaMu kebencian mereka," iaitu kekufuran mereka, cercaan dan penindasan mereka, tetapi baginda menyebut; "Aku mengadu kepadaMu tentang keupayaanku yang lemah ini."

Kita dapat pelajari bahawasanya apabila kita ditimpa dengan apa yang terjadi hari ini, supaya kita mengadu kepada Allah, bukan kepada makhluk, dan kita mengadu kepada Allah tentang diri kita, bukan makhluk lain. Kita tidak mengadu kepada makhluk juga bukan mengenainya.

Maka, apabila kita dapat merealisasikan pengertian ini, maka telah terbuka untuk kita satu pintu daripada pintu-pintu anugerah Isra' dan Mi'raj.

- Al-Habib 'Ali Al-Jufri.


Unofficial national anthem of Palestine. Ya Filastin, Innallaha ma'akum...
Translation here.

Saya takut dan saya bimbang - akan dosa yang belum terhukum dan belum bertaubat

بسم الله والسلام على رسول الله

This is my view regarding: The Bukit Antarabangsa Tragedy

Masya Allah, seram pulak aku bila memikirkan tragedi tanah runtuh baru-baru ni. Aku terkejut dan sedih, serta dapat membayangkan bagaimana sedihnya mereka yang kehilangan tempat tinggal, macam mana mereka nak sambut Aidil Adha Isnin ni...

Macamana perasaan mereka yang kehilangan orang tersayang...

Macamana kalutnya di hening pagi subuh tu...

Pagi subuh...

Kejadian kat bukit Antarabangsa tu berlaku pada jam 4 pagi, sewaktu penghuni sedang nyenyak tidur.

Kejadian kat Hulu Yam Perdana tu berlaku pada 5.30 pagi, sewaktu penghuninya sedang nyenyak tidur.

Dan firman Allah ini terngiang-ngiang di minda aku...(bukan teks Al-Quran, tapi mahfumnya sahaja yang aku ingat. Aku tak masyi).

Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari datangnya siksaan Kami pada mereka di malam hari saat mereka tidur? (Al-A'raaf : 97)

Allahumma! Ampunkanlah dosa kami Ya Allah! Kami berlindung dari azabMu yang datang secara tiba-tiba pada saat kami tidur... Allahumma! Berilah kekuatan pada mereka yang sedang menerima ujianMu... Fi ayyi makaan, wafi ayyi zamaan...

Malam ni sapa keluar hah?

بسم الله والسلام على رسول الله

This is my view regarding: Television

Aku teringat satu perbincangan di dalam kereta sewaktu aku masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam satu masa dulu. Dan setiap kali aku tengok tv, aku teringat isi perbincangan tu.

-Jangan tipu, tell the truth will ya?-

All right tak la setiap kali, more like everytime I see reality tv shows, specifically the talent-searching type. Example, Akademi Fantasia (AF).

Masa tu, ada sorang senior tu buka topik (aku masa tu junior je, tumpang kete senior utk ke program discussion). Dia kata, bukankah Rasulullah ada bersabda mafhumnya: Ubahlah kemungkaran yang kamu lihat itu dengan tanganmu, jika tidak, maka dengan lidahmu, dan jika tidak mampu, maka dengan hatimu, dan itulah selemah-lemah iman. Jadi, camne kalau kita tengok rancangan maksiat kat tv, contohnya AF la. Kita tahu yang rancangan tu memang mungkar, dan aku benci dalam hati bila tengok AF. Tapi ada masanya aku rasa best jugak AF ni. Adakah ketika itu aku termasuk dalam golongan yang tidak memiliki walau selemah-lemah iman pun?

Apa pendapat anda? Aku sendiri dah lupa apa jawapan senior aku yang lain. Fikir-fikirkan.

Kau kata kau pejuang?

بسم الله والسلام على رسول الله

Another writing from me.

Seorang sahabat (Abdul Rahman) bagi kat aku melalui emel:

KEPADA PEJUANG AGAMA ALLAH

katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

بسم الله والسلام على رسول الله

Just another writing from me.

Sampai la satu masa hidayah Allah sampai pada aku dan aku mula ada rasa nak gi semayang kat masjid (musolla CF bro).

Member ada je yang bagi sapaan sinis. “Mana kau bertapa selama ni?”

Musolla CF. Macam tak grand. Aku pernah rasa nak berjemaah kat masjid IM2 atau lagi hebat, Masjid Negeri. Baru la lebih pahala sket. (Ceh, berani ada angan2 macam ni. Dahla selalu solat kat bilik je)

Tapi, bila fikir balik lepas disapa dengan sinis tu, musolla CF tu lagi baik kot...

Sekurang-kurangnya, bila dah jadi regular customer tu, kalau sesekali hilang, ada juga orang bertanya;

“Eh, ridha gi mana? Sakit ke dia?”

Takde la aku mati sorang-sorang kat dalam bilik.

Mati ada banyak jenis. Dan semuanya menakutkan. Lebih-lebih lagi MATI sebelum mati.

Another writing from me.


Sesuatu yang aku bimbangkan akan terjadi, telah pun terjadi. Hancurnya prinsip ISTIQAMAH.

3 kali subuh di masjid (musolla CF) and that's it. Sampai sekarang dah tak pergi lagi. Atas pelbagai alasan.

Sesekali terasa jugak dalam hati; ish, rindunya kat musolla waktu subuh.

Hah! Please brother. La tunafiq. U rindu kat musolla ke rindu kat tilam yang U dok baring tu?

As far as i remember, U pernah cakap karpet musolla tu buat hidung U gatal. Surau tak cukup kipas. Imam baca panjang macam nak abiskan satu Quran.

Sekarang pulak dah ada satu maha-alasan baru je sampai. Sangat kuat la untuk U jadikan alasan mengalas kemalasan U. Itulah yang kita kenali sebagai:

FINAL EXAM.

Go on. Sleep as U like it. As if U never had enough. Sleep brother, but bear the consequences.

Snippets

بسم الله والسلام على رسول الله

This is my view regarding: Mosque

Waspadalah akan hari di mana anda ingin sekali pergi ke masjid, namun anda tidak mampu untuk pergi, baik kerana sudah lemah, kerana sakit, atau kerana sudah mati....

Analogi ikan dan ular

بسم الله والسلام على رسول الله

Anda adalah salah seorang penduduk di sebuah kampung di kawasan pergunungan nan indah. Seumur hidup anda, tidak pernah walau sekali pun anda mahupun rakan-rakan anda keluar dari pergunungan itu. Keluarga anda, bahkan seluruh penduduk kampung menyara hidup masing-masing dengan hasil ternakan, dan sedikit rezeki dari apa yang ditumbuhkan Allah di atas muka bumi.

Suatu hari, kembalilah seorang anak jati kampung anda yang entah ke mana mengembara selama ini kepangkuan keluarga, membawa perkhabaran yang amat pelik kedengarannya.

"Di luar sana ada haiwan yang berjalan dengan perut!" katanya.

Semua orang diam. Anda tercangak-cangak, sebelum akhirnya ketawa terbahak-bahak.

"Kau ni mereng ke sengal? Mana ada binatang yang berjalan dengan perut? Cuba kau tengok lembu tu, tengok ayam kat belakang rumah kau. Boleh dia berjalan dengan perut? Kau sendiri, cuba berjalan dengan perut. Impossible."

Dia terdiam, dan anda bersama orang lain blah meninggalkannya (setelah puas mengutuk dia gila). Esoknya dia keluar mengembara lagi. Kecik hati kot dengan orang kampung.

Berbulan lepas tu dia kembali lagi. Kali ni dengan perkhabaran yang lebih aneh, ada binatang boleh hidup dalam air!

Sekali lagi anda dan orang kampung ketawa. Lebih kuat. Sebab ceritanya lagi pelik.

"Aku pening tengok kau ni. Cuba kau sendiri masuk dalam air. Aku nak tengok hidup tak hidup?!" Galaknya anda mengutuk. Prang preng prang preng....sebelum akhirnya anda meninggalkan dia dengan keluarganya...blah bersama mereka yang lain.

Dia diam. Dalam hatinya merasa dukacita. Tanpa perlu membawa sendiri binatang itu (kerana keterbatasan pengetahuan untuk menangkapnya, juga waktu yang tak mengizinkan), bagaimanakah caranya nak meyakinkan orang kampung yang kat luar sana, memang wujud ular dan ikan??!

Manusia itu menjadi musuh atas apa yang tidak diketahuinya.

Begitulah kita yang terbatas pengetahuannya. Adakah kita pernah terasa ragu akan kewujudan alam ghaib, hanya kerana kita tak pernah melihatnya? Pernahkah kita terasa syak atau waham mengenai apa yang disampaikan oleh Rasulullah, hanya kerana kita tak pernah menyaksikannya?

Isteri solehah : the requirement

بسم الله والسلام على رسول الله

Ini antara emel yang pernah aku dapat dulu...senang nak cari isteri solehah ni. Tapi sebenarnya, susah...huhu. Ambillah pelajaran darinya.

Tamatkanlah penantian SOLEHAH itu dgn mempercepatkn pembinaan SOLEH!

“Susah betul nak cari isteri solehah,” luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan. “Macam cari gagak putih,” tambahnya.

“Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat,” katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.

“Dah kahwin?” Akhirnya saya bertanya.

“Belum lagi….”

“Kenapa?” dia pula tersenyum. “Belum dapat yang solehah?” saya terus mengusik.

“Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin…Dah terlajak le ni.”

“Oh gitu...biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!” usik saya lagi.

“Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang”.

“Kalau tak jumpa, macam mana?”

“Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?”

“Apa syaratnya?”

“Syarat-syarat wanita solehah…mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat…”

“Macam tu tak susahlah…ramai yang ada syarat - syarat macam tu,” balas saya.

UKUR TAKWA

“Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa,” katanya lagi.

“Macam mana pula nak ukur takwa tu?” tanya saya.

“Tu yang pening. Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!”

“Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?” pelawa saya.

ADA CARA LAIN

“Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?”

“Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh…Cuba cari ciri-ciri suami soleh…bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati…Ukur iman dan takwa kita”.

“Nak ukur iman & takwa kita…susah tu. Itu soal maknawi”

“Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain. Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa…lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu. Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah.”

TERLALU IDEAL

“Habis tu…saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?”

“Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah.”

“Ok gak tu! Serampang dua mata,” katanya.

“Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana.”

“Maksudnya?”

“Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat - sifat solehah itu ‘on going process’(dibina secara berterusan). Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi.”

MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN

“Boleh lebih kurang lah ni ye?”

“Salah tu…Panduan dan ajaran Islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan.”

“Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?”

“Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin rumahtangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita…”

“Oh saya faham.”

“Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebaliknya…untuk dirinya dinilai dengan piawai
soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!”

“Alhamdulillah…saya harap jodoh saya akan tiba nanti.”

“Amin…tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh!"

Fikir-fikirkan...

بسم الله والسلام على رسول الله

Satu lagi artikel...dari sahabat aku, yang sekali lagi kena tepat kat batang hidung aku...isk3...boleh patah hidung aku lama2 camni. Apa boleh buat, dah memang betul pun...terima je la...dan sama2 kita mengambil iktibar daripadanya.

Antara Blog dan Blogger

Semoga penulisannya memberi manfaat bagi kita dan semoga Allah merahmati beliau, amin.
Wallahu a'lam.
_____________

Subuh...di mana aku?

بسم الله والسلام على رسول الله

Jom baca artikel ni...tepat kena kat batang hidung aku...baca la sampai habis...dan sama2 kita mengambil faedah darinya.

Praying Fajr reflects how much you love Allah the Almighty

Semoga ganjaran yang besar Allah berikan kepada penulis artikel ni...amin.
Wallahu a'lam
_____________

Tanbiihu 'l-Ghaafiliin - Peringatan Bagi Yang Lupa

بسم الله والسلام على رسول الله

Satu petikan dari bab Ikhlas, moga2 memberi manfaat atas diri aku dan semua yang lain.

Abu Laits Nashr Bin Muhammad Bin Ibrahim As-Samarqandi meriwayatkan; Saya telah diceritai oleh beberapa ulama' dengan sanad mereka yang langsung dari Uqbah Bin Muslim dari Samir Al-Ashbahi dari Abu Hurairah r.a. berkata, saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

Apabila hari kiamat maka Allah akan menghukum di antara semua makhluk, dan semua umat akan bertekuk lutut. Dan yang pertama sekali dipanggil adalah orang yang mengerti Al-Quran, orang yang mati di jalan Allah, dan orang kaya.

1. Maka Allah bertanya kepada orang yang pandai Al-Quran: "Tidakkah Aku telah mengajarkan kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusanku?"

Jawab orang itu, "benar ya Tuhanku."

Allah berkata, "lalu apa yang engkau perbuat terhadap apa yang engkau ketahui itu?"

Jawabnya, "saya mempelajarinya pada waktu malam dan saya kerjakannya di waktu siang."

Firman Allah, "dusta engkau!" Malaikat juga berkata, "dusta engkau! Sebaliknya engkau hanya ingin disebut sebagai Qari, ahli dalam Al-Quran, dan sudah disebut sedemikian."

2.
Lalu dihadapkan orang kaya lalu ditanyakan, "Engkau telah berbuat apa dengan harta yang telah Aku kurniakan kepadamu?

Jawabnya, "saya telah belanjakan untuk membantu keluarga dan bersedekah."

Firman Allah, "dusta engkau!" Malaikat juga berkata, "dusta engkau! Kau berbuat itu kerana ingin disebut sebagai dermawan, dan telah disebut demikian."

3.
Seterusnya dipanggil orang yang mati di jalan Allah dan disoal: "kenapa kau terbunuh?"

Jawab orang itu, "Saya berperang di jalanMu hingga saya terbunuh."

Allah berkata, "dusta engkau!" Malaikat juga berkata, "dusta engkau! Engkau hanya ingin disebut sebagai pahlawan yang gagah berani, maka yang demikian sudah disebut."


Kemudia Nabi memukul lututku dan bersabda: "wahai Abu Hurairah, ketiga orang itulah yang pertama sekali dibakar dalam api neraka pada hari kiamat."

(dipetik dari kitab Tanbihul Ghafilin karangan Al-Faqih Nashr Bin Muhammad Bin Ibrahim As-Samarqandi)

:: Ikhlaslah dalam beramal, janganlah mengharapkan pujian dari makhluk...pujian makhluk itu sia-sia, pandangan Allah itulah hakikatnya...

FIKIRLAH APA AKHIRNYA, SEBELUM ENGKAU MEMULAINYA...