Showing posts with label Jiwa yang kacau. Show all posts
Showing posts with label Jiwa yang kacau. Show all posts

I almost ended up in tears...

بسم الله والسلام على رسول الله

This is my view regarding: Defeated.

I felt sort of sad today as I declare to myself that I'm officially defeated...to somebody (or -ies, maybe). The reason is, lack of knowledge.

You see, when we want to counter-attack, we must make sure that it is perfectly planned so that the person we attacked can't find any flaw, which then can be used to attack us back.

I failed. Disgracely.

I guess now I just return to my life, pick my chips and leave the table winner...or at least a better loser, if not a winner at all...and maybe now is a perfect time to gain more knowledge and live a decent life.

Half-mad half-insane Maniac!

بسم الله والسلام على رسول الله

This is my view regarding: Semester Break.

I hate breaks. Especially the long ones. That's the time where i will be regarded (or rather, I regard myself) as a jobless person who's just being a burden to my family.

I hate semester breaks. No one wants to employ a student who'll be working for less than a month. (I dunno about my other friends, and that's just a loose observation of mine...together with a couple of failed interviews.)

I hate breaks.

The worst part, believe it or not, is when I have to part with my friends. And go back home, where I hardly speak. There's some day which I have been a complete mute (and thank God I'm not deaf.)

I envy my friends who are eager to go home. They must be having a lot of joy there.

As for me, Mahallah Talhah is my home...and I can't wait for this break to end.

Aku, study dan penipuan diri

بسم الله والسلام على رسول الله

This is my view regarding: Study Last Minute...or last minute study...whatever.

Dalam exam hall masa exam anatomy semalam, dalam kekalutan tak dapat jawab, dalam sibuk mengeluarkan fakta2 baru yang akan dibagi zero insya allah (sebab dah memang salah), aku berikrar, dalam gap 2 hari esok (hari ni la), aku akan study sepenuhnya.

Apa yang terjadi?

Terjadilah apa yang terjadi.

Pagi tadi: dari lepas subuh sampai kol 12 - hibernasi.

Tengahari: lepas zuhur sampai asar - surfing

Petang: lepas asar sampai maghrib - merayau-rayau dan standby (mcm standby komputer)

Malam: Lepas isya' - ni la, tulis blog.

Mana study-nya????!!!

Habits. They're just too hard to resist....

بسم الله والسلام على رسول الله

Just another writing from me.

Sampai la satu masa hidayah Allah sampai pada aku dan aku mula ada rasa nak gi semayang kat masjid (musolla CF bro).

Member ada je yang bagi sapaan sinis. “Mana kau bertapa selama ni?”

Musolla CF. Macam tak grand. Aku pernah rasa nak berjemaah kat masjid IM2 atau lagi hebat, Masjid Negeri. Baru la lebih pahala sket. (Ceh, berani ada angan2 macam ni. Dahla selalu solat kat bilik je)

Tapi, bila fikir balik lepas disapa dengan sinis tu, musolla CF tu lagi baik kot...

Sekurang-kurangnya, bila dah jadi regular customer tu, kalau sesekali hilang, ada juga orang bertanya;

“Eh, ridha gi mana? Sakit ke dia?”

Takde la aku mati sorang-sorang kat dalam bilik.

Mati ada banyak jenis. Dan semuanya menakutkan. Lebih-lebih lagi MATI sebelum mati.

Another writing from me.


Sesuatu yang aku bimbangkan akan terjadi, telah pun terjadi. Hancurnya prinsip ISTIQAMAH.

3 kali subuh di masjid (musolla CF) and that's it. Sampai sekarang dah tak pergi lagi. Atas pelbagai alasan.

Sesekali terasa jugak dalam hati; ish, rindunya kat musolla waktu subuh.

Hah! Please brother. La tunafiq. U rindu kat musolla ke rindu kat tilam yang U dok baring tu?

As far as i remember, U pernah cakap karpet musolla tu buat hidung U gatal. Surau tak cukup kipas. Imam baca panjang macam nak abiskan satu Quran.

Sekarang pulak dah ada satu maha-alasan baru je sampai. Sangat kuat la untuk U jadikan alasan mengalas kemalasan U. Itulah yang kita kenali sebagai:

FINAL EXAM.

Go on. Sleep as U like it. As if U never had enough. Sleep brother, but bear the consequences.

My head is at resting state

بسم الله والسلام على رسول الله

This is my view regarding: Nothing.

Alhamdulillah, all problems solved. Thank you Allah.

Just...the problem of my heart...that one, I leave it to Him...

Balik aku kata! BALIK!!

بسم الله والسلام على رسول الله

This is my view regarding: Missing People

2 Syawal 1429H.

Aku tengok satu rancangan kat TV3. Sedihnya sorang makcik yang anaknya sehingga kini hilang tak ditemui. (Anak kecil, bukan yang dah gatal lari dari rumah ikut kekasih. Yang itu selayaknya ditempeleng saje.)

Dalam linangan air mata, makcik tadi menceritakan rintihan hatinya sejak kehilangan anaknya. Aku sendiri terkedu dan mata aku ada sikit pedih2...dalam pada itu aku terfikir:

1) Berapa ramai lagi anak2 kecil yang hilang dari ibu bapa mereka, yang hingga kini masih belum ditemui?

2) Bagaimana agaknya perasaan ibu bapa yang kehilangan anak mereka, bila hari hujan, ribut atau petir, alangkah bimbangnya mereka akan keselamatan anaknya?

3) Lebih-lebih lagi pada hari raya, betapa pilunya hati ibu bapa mengenangkan anak mereka yang tiada di sisi? (ini termasuk bagi yang berada di perantauan, sengaja tanak balik kampung atau tidak.)

Ya Allah, kembalikanlah mereka-mereka yang hilang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat....

Bulan Puasa - dan exam

بسم الله والسلام على رسول الله

Ramadhan datang lagi. Walau sesibuk mana pun hidup aku, Ramadhan tetap datang. Saban tahun, dan tak pernah miss.

Masuk tahun ni, dah 5 kali Ramadhan aku sambut dengan helaian nota. Pertama, masa SPM. Kedua tatkala melanjutkan pengajian di sebuah tempat di sebalik gunung (sayang, masanya sangat singkat). Ketiga dan keempat, saat bergelumang dengan final exam di matrik - sampai tak pergi exam gara-gara tidur pasca subuh...dikeranakan pulun study malam tu. Kononnya.

Dan kini, ramadhan kelima, dengan kesibukan mid sem-nya (sibuk ke masalahnya??)

Ahlan ya Ramadhan, moga kali ini natijahnya lebih baik dari yang lalu serta berpanjangan ke tahun hadapan...


Salam Benua - dan monolog sendiri

بسم الله والسلام على رسول الله

I

MEREKA memisahkan kita
pasport visa wilayah segala tempoh nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain

II

Telah saudara pilih senapang dan peluru
banyak pemimpin memilih dollarnya
untuk ini saudara membasahi baju
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas

III

Saudara memerah kaktus melumat batu
menjadikannya minuman makanan
gadis-gadis bekerja debu pasir dandanannya
anak-anak kecil menyandang senapang
saudara menghitamkan langit menyelubungi
saluran minyak
setengahnya menyanyi di penjara
untuk pembebasan Palestin

IV

Kami bertatih di sawah semakin kering
petani-petani mulai menebang hutan dara
permulaan kecil pada ketenangan segumpul awam
ketenangan yang di belakangnya memangkas kami
yang sedikit ini sedang belajar
dari tiap pengalaman saudara
dan pengalaman sendiri
kami memampatkan gerhana bulan mei
pada tujuan tempat
nusantara ini

V

Salam
tanpa visa
pasport
golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua

Usman Awang
1970

Lama dah aku dengar puisi ni. Masa zaman muda2 dulu. Masa terasa dekatnya diri dengan tuhan. Masa hati mudah berbicara bahasa puisi. Sekarang, dah malas dah. Fakta mengatasi segalanya. Compact and straightforward.

Dulu kat IKIM.fm selalu dengar puisi ni. Dengan muzik latar yang amat meruntun jiwa. Sesekali berselang dengan alunan bacaan Kalamullah. Kadangkala terlena dalam bisikan zikrullah @ 12.03am. Sekarang, dah tak layan IKIM dah. Hati dah beku. Hardened.

Sampai ke satu tahap, air mata terasa murah dan berbaloi ditumpahkan, dek kerana terasa kebersamaan dengan saudara2 di Palestin. Sakit mereka ibarat pedihnya luka sendiri. Rintihan mereka terasa dekat, bagaikan hanya diseberang sempadan. Tapi tu cerita dulu. Sekarang...

Sebenarnya, sekarang aku tercari-cari mana hilangnya aku yang dulu. Yang mudah berbicara bahasa puisi. Yang mudah diruntun hatinya. Yang tidak berkira dengan air mata. Yang tidak seperti sekarang. Di mana dia agaknya? Di mana aku?

Isk...sedih gilerr...

بسم الله والسلام على رسول الله

Everyday is the same for me. Bangun tido, semayang subuh, tido balik, bangun, makan, jemur baju, duduk depan laptop, makan lagi, semayang zuhur, duduk depan laptop lagi, semayang asar, angkat dan lipat baju, tido kejap, bangun, mandi, semayang maghrib, post-maghrib activites, makan, semayang isyak, tengok tv, duduk depan laptop lagi....dan tido...

Next day, the cycle starts all over again. I guess sampai aku ke Kuantan nanti...

6 bulan..tanpa apa2 sumbangan utk sesiapa pun, tanpa apa2 aktiviti untuk perkembangan minda...rasa mcm hidup yang tidak berguna...

Dalam bilik kecik ni la aku memerap...bilik yang kecik...namun di hadapan mata aku terbentang dunia yang luas...dan melalaikan.

Wallahu a'lam.

Kenapa Agaknya?

بسم الله والسلام على رسول الله

Tiba-tiba hari ni aku teringat pada satu laporan berita (Buletin Utama) masa PRU-12 baru saja berlalu. Masa tu berita sedang melaporkan reaksi beberapa pihak berkenaan dengan pertukaran kerajaan Pulau Pinang dari Gerakan ke DAP.

Apa yang menarik perhatian aku pada waktu tu ialah reaksi seorang pemimpin Melayu ketika ditanya mengenai situasi tersebut. Apa yang mengejutkan (hmm..sebenarnya tak terkejut sangat pn) adalah jawapan beliau, yang menyatakan kerajaan sepatutnya membatalkan semua projek mega di Pulau Pinang sebagai hukuman terhadap rakyat yang mengundi pembangkang.

Dalam hati ni terdetik...adakah ini memang sikap turun temurun orang Melayu? Adakah seorang Melayu itu memang secara semulajadi bersikap DENGKI terhadap kejayaan orang lain? Heran jugak kengkadang. Walhal pemimpin2 Gerakan masih lagi ingin agar kerajaan pusat meneruskan semua projek yang telah dirancangkan, walaupun mereka kalah teruk dan tumbang di Pulau Pinang.

Ketepikan soal politik. Kita berfikir secara waras sekarang. Patutkah mereka dihukum kerana menyokong pembangkang? Jikalau demikian, di mana letaknya nilai demokrasi yang mereka sanjung2 selama ni?

Kesal jugak kadang2 dengan sikap dengki mendengki ni. Sana sini aku terbaca mengenai orang mempertikai dan mempersoalkan kemunduran bangsa melayu, yang pastinya terkait dengan sifat dengki. Tak boleh tengok kedai orang sebelah maju sikit, difitnahnya konon dia gunakan tangkal pelaris. Tak boleh tengok orang berjaya dlm exam, difitnahnya orang tu meniru. Isk...sedih2.

Masalahnya, adakah ini berkait dengan bangsa? Pada pandangan aku, tidak. Tidak ada salahnya dengan bangsa Melayu. Tidak semestinya seorang berbangsa Melayu itu kuat mendengki. Ia berbalik pada DIRI SENDIRI sebenarnya. Mentaliti diri sendiri yang disokong dengan mentaliti masyarakat sekeliling yang menjadikan seseorang itu menjadi sedemikian.

Aku bukan ahli dalam bidang politik, namun sesekali apabila memerhatikan gelagat politikus, hati ini berdetik. Sampai bila masyarakat Melayu harus menjadi seperti ini...?

Seharusnya ada orang yang bertindak untuk merubah keadaan ini.

Siapa?

Kita! Mulakan dengan diri kita sendiri!

Wallahu a'lam
_____________

Terima Kasih Cikgu!

بسم الله والسلام على رسول الله

Semalam, sekolah tempat aku kerja dulu buat majlis perpisahan. Buat gitu2 je, utk aku dan 2 cikgu lain. Bila time nak balik, budak2 yang kuang hajo dgn aku dulu, ramai2 berbaris pastu mintak maaf.

Aku masa tu rasa malas sangat nak pandang muka diorang. Salam sekadarnya, dengar tak dengar, pastu terus naik moto dan blah selajunya. (Afterall, diorang yang buat aku melarikan diri dulu.)

Dalam perjalanan balik tu, tiba2 aku rasa hiba plak. Aku rasa macam aku plak yang jadi budak2. Padahal diorang nak mintak maaf je pun...

Kesimpulannya, aku memang tak layak jadi guru. Aku takde kesabaran dalam melayani kerenah budak2. Aku takde ketrampilan dan wibawa. Apa nak buat, jadi cikgu ni pun main terjah je. Ingatkan senang, rupanya masya Allah...

Kalau nak ikutkan, time sekolah dulu, lagi banyak salah aku buat. Tidur dalam kelas (sampai matrik pn still tidur lagi), bising, main2 kat kelas @ Lab, songlap barang2 bioLab (boss criminal, hehehe), baling potassium kat tandas SMAKJ (sehingga mengakibatkan letupan - tapi bukan aku yang buat), tak buat homework, copy assignment n report (sampai 3 kali kena warning) dan pelbagai lagi la...ish3...

Mujur semua guru2 aku dari sekolah rendah sampai matrik sabar2 orangnya, dan mujur mereka tak lari macam aku. Kalau tak, apa jadi kat aku tak taula.

Jadi, sempena hari guru hari ni, mari kita kenang jasa orang2 yang mendidik kita selama ni, hingga kita mampu mencapai tahap di mana kita sekarang. Alhamdulillah, dan terima kasih cikgu!

Guru adalah jurutera insan
- kata-kata guru tuisyen add math aku time kat SMAKJ

FIKIRLAH APA AKHIRNYA, SEBELUM ENGKAU MEMULAINYA...