Showing posts with label Current Affairs. Show all posts
Showing posts with label Current Affairs. Show all posts

Free Palestine!

بسم الله والسلام على رسول الله

This is my view regarding: Palestine

Apabila kita mendapati kesukaran yang melampau menimpa kita, begitu juga apabila musuh melampau-lampau menindas kita, maka kita memerlukan 2 adab yang hebat bersama Allah swt. Ini terdapat pada peribadi Rasulullah. Kita mengambil kedua-duanya dari baginda.

Adab pertama itu adalah pengaduan kepada Allah, bukan kepada makhluk.

Menanti bantuan, sokongan, serta pertolongan itu bukanlah dari manusia. Mereka tidak memberi faedah mahupun kemudaratan. Bukan juga dari barat mahupun timur. Tetapi ianya dari Allah sahaja.

"Ya Allah, aku mengadu kepadaMu"

Dalam riwayat yang lain, "KepadaMu aku mengadu"

Jadi, pengaduan itu kepadaNya dan bukan kepada makhlukNya.

Pengajaran kedua, baginda tidak menyebut; "Aku mengadu kepadaMu kebencian mereka," iaitu kekufuran mereka, cercaan dan penindasan mereka, tetapi baginda menyebut; "Aku mengadu kepadaMu tentang keupayaanku yang lemah ini."

Kita dapat pelajari bahawasanya apabila kita ditimpa dengan apa yang terjadi hari ini, supaya kita mengadu kepada Allah, bukan kepada makhluk, dan kita mengadu kepada Allah tentang diri kita, bukan makhluk lain. Kita tidak mengadu kepada makhluk juga bukan mengenainya.

Maka, apabila kita dapat merealisasikan pengertian ini, maka telah terbuka untuk kita satu pintu daripada pintu-pintu anugerah Isra' dan Mi'raj.

- Al-Habib 'Ali Al-Jufri.


Unofficial national anthem of Palestine. Ya Filastin, Innallaha ma'akum...
Translation here.

Saya takut dan saya bimbang - akan dosa yang belum terhukum dan belum bertaubat

بسم الله والسلام على رسول الله

This is my view regarding: The Bukit Antarabangsa Tragedy

Masya Allah, seram pulak aku bila memikirkan tragedi tanah runtuh baru-baru ni. Aku terkejut dan sedih, serta dapat membayangkan bagaimana sedihnya mereka yang kehilangan tempat tinggal, macam mana mereka nak sambut Aidil Adha Isnin ni...

Macamana perasaan mereka yang kehilangan orang tersayang...

Macamana kalutnya di hening pagi subuh tu...

Pagi subuh...

Kejadian kat bukit Antarabangsa tu berlaku pada jam 4 pagi, sewaktu penghuni sedang nyenyak tidur.

Kejadian kat Hulu Yam Perdana tu berlaku pada 5.30 pagi, sewaktu penghuninya sedang nyenyak tidur.

Dan firman Allah ini terngiang-ngiang di minda aku...(bukan teks Al-Quran, tapi mahfumnya sahaja yang aku ingat. Aku tak masyi).

Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari datangnya siksaan Kami pada mereka di malam hari saat mereka tidur? (Al-A'raaf : 97)

Allahumma! Ampunkanlah dosa kami Ya Allah! Kami berlindung dari azabMu yang datang secara tiba-tiba pada saat kami tidur... Allahumma! Berilah kekuatan pada mereka yang sedang menerima ujianMu... Fi ayyi makaan, wafi ayyi zamaan...

Hari ni bentuk kerajaan...

بسم الله والسلام على رسول الله

Lepas debat antara Dato' Seri Anwar dengan Dato' Shabery Cheek malam semalam, aku dengan member aku cuba menjangka apa laporan surat khabar esok pagi (pagi ni la). Antara yang kami jangkakan - "Shabery Dapat Menjawab Semua Soalan Dengan Baik", Shabery Tak Serang Peribadi", "Shabery Hebat, Anwar Hujah Tak Matang"...lebih kurang macam tu la. Lepas tu kami gelak sakan sebab laporan macam tu...ish, memang takkan keluar la. Sebab nyata benar bohongnya. Paling koman kalau nak ampu sangat pun setakat "Kerajaan Kini Lebih Terbuka Dan Telus". Tak percaya, tanyalah orang yang dengar debat tu dengan aku malam semalam.

Tapi, memang menjadi kenyataan. Laporan kehebatan Dato' Shabery memang bebetul keluar. Tak percaya, tanyalah orang yang baca paper dengan aku pagi tadi.

Sekali lagi kami gelak - senyap-senyap - sebab kat library. Takleh buat bising.

Namun, dalam gelihati meneliti laporan akhbar Harian Metro tu, dalam hati aku sedikit berbisik...betapa parahnya sindrom 'pengampuan pemimpin' yang melanda media hari ni. Dan betapa pihak tertentu begitu komited menjadikan media sebagai kambing-kambing sengal ubi melampiaskan dakyah yang terang-terang amatlah bohongnya.

Tak percaya, tanyalah orang yang dengar debat tu dengan aku malam semalam.

Memetik kata-kata Madam Narimah (lecturer Anatomy aku) pagi tadi - Malaysian Politician are STUPID.

I rest my case.

Islam bakal berkubur?

بسم الله والسلام على رسول الله

Tajuk nak gempak..huhu. Na'uzubillah. Ni laporan yang aku petik dari Harakah edisi 1-15 Julai 2008. Yang dalam kurungan tu adalah tambahan aku.

Laporan akhbar yang tersebar di seluruh Amerika sejak kebelakangan ini berhubung kenyataan tegas (kenyataan ba***ng sebenarnya) seorang paderi terkenal Rhode Barsely yang menyokong penuh pencalonan bakal Presiden Amerika Syarikat daripada Parti Republikan, John McCain.

Rhode disifatkan sebagai pemimpin rohani yang mampu menghapus pengaruh Islam di negara itu. (Aku menyifatkan dia sebagai seorang pemimpin kuffar hina lagi buta dari kebenaran)

Beliau dalam kenyataan (ba***ng)nya mengharapkan kemenangan McCain agar menjadi batu loncatan bagi menghapuskan Islam yang dianggapnya sebagai satu agama palsu yang penuh dengan penipuan dan keganasan.

Dakwanya, ini terbukti dengan tindakan orang Islam yang memusnahkan bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001. (Dakwaan melulu lagi sengal)

Dengan kemenangan McCain itu nanti, ia dianggap sebagai peperangan terakhir antara Kristian dan Islam.

Menurut sumber, kenyataan Rhode telah dirakam dan disebarkan secara meluas di seluruh Amerika.

Islam tegasnya, adalah musuh kepada tamadun dunia pada hari ini dan masa akan datang.

Selain itu, Rhode seperti yang dilaporkan juga telah menulis sebuah buku yang bertajuk "Saya tidak akan berdiam diri lagi selepas ini" merujuk kepada dendam kesumatnya terhadap Islam.

Dia berharap akan berjaya memastikan Islam berkubur dengan kemenangan McCain. - Wakalat

Respon aku: ini adalah sama seperti apa yang difirmankan Allah dalam surah As-Shaff ayat 8:

"Their intention is to extinguish God's light (by blowing) with their mouths; but God will complete (the revelation of) His light, even though the disbelievers may detest (it)."

Cakap dan cakaplah apa sahaja yang anda suka wahai para kuffar, hanya pada Allah kami mengharapkan keredhaan.

Siapa Yang Perbesarkan Isu Remeh?

Bismillah wassalam 'ala Rasulillah

First of all, aku la yang membesarkan isu remeh. Itupun kalau anda anggap isu ni remeh la. Remeh atau tidak, lu pikirla sendiri..!!

Salah tu. Kita fikirlah sama-sama.

Semalam (26 Jun 2008), aku ada terbaca (memang baca pun) akhbar Harian Metro. Ada la satu laporan yang dengan pantasnya menarik perhatian, di mana aku tulis semula supaya kita dapat sama-sama menilai.

Isu ni berkenaan dengan arahan MPKB yang aku rasa anda semua mengetahuinya (pasal gincu dan kasut tumit tinggi). Tapi ni bukan pasal isu tu. Ni pasal respon terhadap isu tu.

Mashitah Kesal MPKB Perbesar Isu Remeh

34176170946446l[1]

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) melarang peniaga dan wanita Islam di negeri itu bergincu dan berkasut tumit tinggi.

Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan Islam, ia bukanlah caranya memaksa rakyat negara ini untuk berbuat demikian sebaliknya menyediakan sistem yang memudahkan orang ramai melaksanakan tuntutan dalam agama Islam.

"Kita tidak memaksa seperti mana MPKB yang mendakwa mereka sebagai Bandaraya Islam, tetapi penerapan yang mereka lakukan lebih kepada kekerasan dan denda...kalau pakai tudung labuh tak kena denda.

"Saya tak setuju dengan pandangan mereka supaya memakai tudung kerana dalam Islam bukan pakai tudung tetapi menutup aurat, bagaimana hendak pakai tudung terpulang kepada wanita itu asalkan mereka mengikut syarat yang dikehendaki."

3417616081622l[1] Pandangan aku (mungkin ada salah): Apa benda la Dr Mashitah ni cakap. Kan ke dalam Islam memang wanita tu kena pakai tudung yang labuh i.e. menutup sampai dada. Dah kalau pakai tudung singkat macam nak pergi sawah, dengan leher nampak, telinga nampak, menutup aurat ke tu? Atau mungkin beliau rasa aurat wanita itu hanya rambutnya saja. Dah tutup rambut, ok la tu.

Aku sambung sikit lagi.

"Tumpuan seperti itu (gejala sosial) perlu diberi keutamaan daripada tumpuan yang lebih kecil. Inilah masalah umat Islam lebih mementingkan perkara kecil manakal tumpuan yang lebih besar ditinggalkan.

34176112626704l[1]

"Wanita perlu diterapkan dengan aspek meningkatkan taraf ekonomi keluarga bukannya memandang dari sudut pemakaian tudungnya samada labuh atau pendek atau kasutnya tinggi dan berbunyi," katanya.

Persoalan aku lagi (mungkin lagi banyak salahnya): Adakah beliau memandang isu aurat dalam Islam sebagai sesuatu yang kecil? Bukankah Allah telah menjelaskan dengan jelasnya tentang batasan aurat wanita? Bukankah wanita itu bersolek hanya untuk suaminya sahaja?

34176131461080l[1]

Ni ada sikit heran ni. Orang dok pakai tak senonoh, dedah sana dedah sini, pakai macam berkemban, takde pulak ditegurnya. Bila orang nak meninggikan maruah wanita Islam, menjadikan mereka kelihatan sebagai wanita yang sopan dan baik-baik, ada saja yang tak kena.

Maaf la wanita Islam. Sebenarnya aku tak layak nak tulis pasal etika pemakaian wanita menutup aurat ni. Mostly sebab aku lelaki. Lelaki bolehlah cakap banyak sebab aurat lelaki simple je. Bukankah begitu wanita-wanita Islam sekalian?

34176147846536l[1]

Mungkin inilah ciri pemakaian wanita Islam yang dikehendaki oleh Dr Mashitah. Simple dan ranggi. Pakai ikut sedap maggi je. La, apa pulak kena mengena maggi dalam isu ini?

Haaa, lu pikir la........salah, salah. Kita fikirlah sama-sama.

El-Hilm El-Muslimeen

Bismillah wassalam 'ala Rasulillah

Anda pernah dengar Palestin? Sudah tentu pernah (melainkan anda baru keluar dari pertapaan atau mengalami masalah ingatan yang serius). Aku pun baru ni amik perhatian setelah lama tenggelam dalam monolog sendiri lewat isu kenaikan harga minyak yang melampau. Ada apa dengan Palestin sebenarnya?

Aku takde niat nak menulis tentang Palestin. Mereka yang lebih arif lagi sahih beritanya ada menulis tentang itu (Sila klik di sini). Aku lebih kepada ingin berkongsi sesuatu yang aku jumpa setelah lama mencari. Satu lagu yang best...huhuhu.

El-Hilm El-Araby...Teringat kembali ustaz aku pasang melalui corong pembesar suara asrama sewaktu aku masih bergelar pelajar sekolah menengah dahulu. Sekali dengar, sepatah hape pun aku tak paham. Agyal wara agyal, hat'ish 'ala hilmina...willee nugulihil yom, mahsub 'ala 'umrina. Bahasa Ammi. Macam bahasa yahudi pun ada gak. Yom Kippur. Shalom.

El-Hilm El-Araby...Mulanya aku ingat kesantunan orang arab, tapi macam tak kena pulak sebab ramai orang cakap orang arab kasar-kasar lakunya. Tu yang makin aku teruja nak tau. Nak tau tang mana santunnya orang arab.

Aku dapat videonya baru-baru ni. Available upon request.

El-Hilm El-Araby...Rupanya maksudnya mimpi orang arab. Dapat tangkap sikit2 maknanya setelah ditranslate oleh online translator. "Mimpi itu bukan suatu yang mustahil, selagi kita dapat merealisasikannya. Jika malam itu terasa panjang, pastilah sesudahnya pagi akan menjelang". Dan pada rangkap lain (yang diterjemah secara rambang dan mungkin salah), "Impian kami sepanjang zaman, bersatunya semua negara, segala perbezaan dapat dihilangkan, dan memadailah anda sebagai manusia".

Satu yang aku tak berapa paham. Background lagu gambar Al-Quds. Ada orang kena tembak, kena pukul. Tak lama lepas tu keluar pak arab suara macam pempuan, dan sorang pempuan muka macam Marylin Monroe. Yang mengherankan, Marylin Monroe sengih lebar nak maut. Kun enta bikulli ma fiik, in kaan lik wala 'aleik. Sepatah hape pun aku tak paham. Dan aku tak paham kenapa Marylin Monroe nak sengih2. Tapi tak apalah. Dia pun lawa.

Kemudian keluar sorang-sorang, mengalunkan mimpi-mimpi mereka. Mendendangkan harapan dan keluhan. Menyanyikan cita-cita dan impian. Pak arab biasalah berjubah, ada yang pakai kot. Mak arab fuh. Dressing macam nak pergi parti. Rambut tanak kalah, macam pelakon Beverly Hills 9210ape ntah. Masing-masing tersenyum dan tersengih. Macam kerang wangi. Maklumlah lawa.

Dan mimpi hanya tinggal mimpi.

Ada orang menulis, andai air minuman yang diminum para pemimpin Arab dalam persidangan dikumpulkan dan disimbah kat Israel, boleh hanyut dan tenggelam Israel tu. Hmm, menulis, sesuatu yang amat mudah. Duduk di atas kerusi atau bersila atas lantai. mengadap komputer, tekan-tekan keyboard, sekali-sekala search web untuk maklumat baru yang boleh dipersembahkan. Apa yang susah sangat.

Lagu tu lagi sesuai rasanya ditukar tajuk menjadi el-hilm el-muslimeen. Kami juga impikan perkara yang sama. Dan sebahagian dari kami masih lagi bermimpi. Dan akan terus bermimpi, hingga datangnya amrullah.

You know what I mean?

Minyak...oh minyak...

بسم الله والسلام على رسول الله

This is actually an article I read in Mingguan Malaysia on 8th June 2008. An article, dealing with the worries on the oil price-hiking from a new perspective; a religious one, yet I find it unorthodox. Alhamdulillah, a friend of mine e-mailed me the copy of the article, together with the source link.

This is the link to the original site of the article, written by Dr Asri Zainal Abidin, let's read!

Agama Bukan Candu untuk Mengkhayalkan Orang Miskin

Yesterday (9th June), the Government has agreed to cut some allowances (elaun keraian, as I heard it) by 10% from the ministers, including Prime Minister. And there's limitation upon going abroad for them, also no new jobs to be created on Government sector except in critical areas. Pak Lah said the Government has saved RM 2 billions by cutting those budget. Imagine how many money have been wasted before this, and how wealthy the 'keraian' and 'lawatan rasmi ke luar negara' have been!

Excerpt from the article (that I found interesting):

"Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat."

"Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka."

"Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak."

"Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini."

The rest of it, you need to read on you own for you to understand. There's more articles that you'll find beneficial. May Allah rewards the writer blessings and forgives his sins. Amin.

http://drmaza.com

life's like this...

بسم الله والسلام على رسول الله

Dalam pukul 3 petang tadi, member aku dari New Zealand bagitahu yang Dr Mahathir telah resign dari Umno. Jadi tadi, aku pun dudukla kat depan tv, dan memang betul jangkaan aku, berita ni jadi berita utama.

Banyak gak yang Dr Mahathir cakap tadi, tapi ada satu ungkapan yang menarik perhatian aku. Tapi dah diolah semula oleh aku la. Bukan exact macam ni.

"Dulu masa saya jadi ketua negara, apa saya buat untuk negara dan semua orang puji saya, melangit pulak tu. Tapi bila saya dah letak jawatan, saya kritik sikit je pasal jambatan bengkok tu, semua orang maki saya."

Betul jugak kata Dr Mahathir tu. Dunia biasa la, suka mengampu. Bila kita di atas, semua orang suka kat kita, tapi bila dah kat bawah, huhu...baru la kita rasa...

-Sigh-...politik...

Wallahua'lam.

FIKIRLAH APA AKHIRNYA, SEBELUM ENGKAU MEMULAINYA...