Pelik tapi benar2 berlaku

بسم الله والسلام على رسول الله

This is my view regarding: The Musolla

Selalunya kalau dah petang2 nak dekat maghrib tu, aku dengar ada orang pasang bacaan Al-Quran melalui pembesar suara musolla - kalau tak salah aku la. Alhamdulillah.

Tapi yang aku heran, bacaan Al-Quran bukan main kuat, tapi time azan tak dengar pulak....pelik betul.

Yang patut menjadi syiar diperlahankan, yang hanya harus (bukan orang tadarus pun, pasang cd je) dikuatkan.

Aku teringat ustaz aku masa sekolah menengah dulu cakap, kenapa Singapore haramkan masjid melaungkan azan melalui pembesar suara. Ustaz cakap, pemerintah Singapore sebenarnya tak kisah kalau setakat nak laungkan azan, tapi masalahnya jawatankuasa masjid, time subuh2 tu pasang ayat2 Quran melalui pembesar suara, sekuatnya. Padahal, kata ustaz, bukan wajib pun nak pasang bacaan Quran tu, dan ia mengganggu penduduk bukan Islam nak tidur.

Dan akhirnya, bukan setakat tak boleh nak pasang Quran, nak azan pun tak boleh. Siapa yang salah? Dan siapa yang berlebihan sebenarnya?

Aku bukan nak cakap bacaan Quran kat musolla tu mengganggu, tapi sepatutnya yang dengar ialah azan, bukan pasang Quran tapi azan tak dengar...mana yang lebih afdal dan disuruh Rasulullah sebenarnya?

*Untuk makluman, aku adalah seorang yang malas jarang ke musolla. Kadang-kadang disebabkan aku tak dengar azan. (Alasan...)

5 komen:

izzahismail said...

tell me about it.

kdg2,when the sisters are fasting, we are hardly to know that it is time to break our fast.sbb tak dgr azan.

tak bley eh nk ckp sape2 regarding azan tuh? hehe.

Muslim4Life said...

selalunya kalau buka puasa, brothers buka kat luar, jadi takdela rasa annoyed sbb tak dengar azan...huhu.

kena cakap kat jawatankuasa surau kot, sebab rasanya pembesar suara yang ada problem...

Mohd Nuruddin Mohamed said...

ehem2. kadang2 pembesar suara takde masalah, tapi orang yang azan silap tekan suis bila g tutup kaset baca quran. Apa pun, memang tak elok pasang quran kuat2 sehingga mengganggu. sekarang dah xde dah sebelum subuh kat mahallah kita rasanya. :0

Che' Mat said...

ko rajin dowh g syrau~~~~~~hihi

Muslim4Life said...

malas giler kot...

FIKIRLAH APA AKHIRNYA, SEBELUM ENGKAU MEMULAINYA...