Bismillah wassalam 'ala Rasulillah
First of all, aku la yang membesarkan isu remeh. Itupun kalau anda anggap isu ni remeh la. Remeh atau tidak, lu pikirla sendiri..!!
Salah tu. Kita fikirlah sama-sama.
Semalam (26 Jun 2008), aku ada terbaca (memang baca pun) akhbar Harian Metro. Ada la satu laporan yang dengan pantasnya menarik perhatian, di mana aku tulis semula supaya kita dapat sama-sama menilai.
Isu ni berkenaan dengan arahan MPKB yang aku rasa anda semua mengetahuinya (pasal gincu dan kasut tumit tinggi). Tapi ni bukan pasal isu tu. Ni pasal respon terhadap isu tu.
Mashitah Kesal MPKB Perbesar Isu Remeh
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) melarang peniaga dan wanita Islam di negeri itu bergincu dan berkasut tumit tinggi.
Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan Islam, ia bukanlah caranya memaksa rakyat negara ini untuk berbuat demikian sebaliknya menyediakan sistem yang memudahkan orang ramai melaksanakan tuntutan dalam agama Islam.
"Kita tidak memaksa seperti mana MPKB yang mendakwa mereka sebagai Bandaraya Islam, tetapi penerapan yang mereka lakukan lebih kepada kekerasan dan denda...kalau pakai tudung labuh tak kena denda.
"Saya tak setuju dengan pandangan mereka supaya memakai tudung kerana dalam Islam bukan pakai tudung tetapi menutup aurat, bagaimana hendak pakai tudung terpulang kepada wanita itu asalkan mereka mengikut syarat yang dikehendaki."
Pandangan aku (mungkin ada salah): Apa benda la Dr Mashitah ni cakap. Kan ke dalam Islam memang wanita tu kena pakai tudung yang labuh i.e. menutup sampai dada. Dah kalau pakai tudung singkat macam nak pergi sawah, dengan leher nampak, telinga nampak, menutup aurat ke tu? Atau mungkin beliau rasa aurat wanita itu hanya rambutnya saja. Dah tutup rambut, ok la tu.
Aku sambung sikit lagi.
"Tumpuan seperti itu (gejala sosial) perlu diberi keutamaan daripada tumpuan yang lebih kecil. Inilah masalah umat Islam lebih mementingkan perkara kecil manakal tumpuan yang lebih besar ditinggalkan.
"Wanita perlu diterapkan dengan aspek meningkatkan taraf ekonomi keluarga bukannya memandang dari sudut pemakaian tudungnya samada labuh atau pendek atau kasutnya tinggi dan berbunyi," katanya.
Persoalan aku lagi (mungkin lagi banyak salahnya): Adakah beliau memandang isu aurat dalam Islam sebagai sesuatu yang kecil? Bukankah Allah telah menjelaskan dengan jelasnya tentang batasan aurat wanita? Bukankah wanita itu bersolek hanya untuk suaminya sahaja?
Ni ada sikit heran ni. Orang dok pakai tak senonoh, dedah sana dedah sini, pakai macam berkemban, takde pulak ditegurnya. Bila orang nak meninggikan maruah wanita Islam, menjadikan mereka kelihatan sebagai wanita yang sopan dan baik-baik, ada saja yang tak kena.
Maaf la wanita Islam. Sebenarnya aku tak layak nak tulis pasal etika pemakaian wanita menutup aurat ni. Mostly sebab aku lelaki. Lelaki bolehlah cakap banyak sebab aurat lelaki simple je. Bukankah begitu wanita-wanita Islam sekalian?
Mungkin inilah ciri pemakaian wanita Islam yang dikehendaki oleh Dr Mashitah. Simple dan ranggi. Pakai ikut sedap maggi je. La, apa pulak kena mengena maggi dalam isu ini?
Haaa, lu pikir la........salah, salah. Kita fikirlah sama-sama.
2 komen:
bagus ulasan nta ridha...cuma perbanyakkan lagi 'authority' i.e dalil naqli & kalau pun ada daripada aqli...
a'la kulli hal, keep up ur gud work! :)
Zaki,
Ana tak berani nak letak dalil naqli sbb tak masyi...huhu. Ulasan pun sekadar nak mengajak berfikir aje.
The gud work comes from Allah, me just a humble sinner...
Post a Comment