Islam bakal berkubur?

بسم الله والسلام على رسول الله

Tajuk nak gempak..huhu. Na'uzubillah. Ni laporan yang aku petik dari Harakah edisi 1-15 Julai 2008. Yang dalam kurungan tu adalah tambahan aku.

Laporan akhbar yang tersebar di seluruh Amerika sejak kebelakangan ini berhubung kenyataan tegas (kenyataan ba***ng sebenarnya) seorang paderi terkenal Rhode Barsely yang menyokong penuh pencalonan bakal Presiden Amerika Syarikat daripada Parti Republikan, John McCain.

Rhode disifatkan sebagai pemimpin rohani yang mampu menghapus pengaruh Islam di negara itu. (Aku menyifatkan dia sebagai seorang pemimpin kuffar hina lagi buta dari kebenaran)

Beliau dalam kenyataan (ba***ng)nya mengharapkan kemenangan McCain agar menjadi batu loncatan bagi menghapuskan Islam yang dianggapnya sebagai satu agama palsu yang penuh dengan penipuan dan keganasan.

Dakwanya, ini terbukti dengan tindakan orang Islam yang memusnahkan bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001. (Dakwaan melulu lagi sengal)

Dengan kemenangan McCain itu nanti, ia dianggap sebagai peperangan terakhir antara Kristian dan Islam.

Menurut sumber, kenyataan Rhode telah dirakam dan disebarkan secara meluas di seluruh Amerika.

Islam tegasnya, adalah musuh kepada tamadun dunia pada hari ini dan masa akan datang.

Selain itu, Rhode seperti yang dilaporkan juga telah menulis sebuah buku yang bertajuk "Saya tidak akan berdiam diri lagi selepas ini" merujuk kepada dendam kesumatnya terhadap Islam.

Dia berharap akan berjaya memastikan Islam berkubur dengan kemenangan McCain. - Wakalat

Respon aku: ini adalah sama seperti apa yang difirmankan Allah dalam surah As-Shaff ayat 8:

"Their intention is to extinguish God's light (by blowing) with their mouths; but God will complete (the revelation of) His light, even though the disbelievers may detest (it)."

Cakap dan cakaplah apa sahaja yang anda suka wahai para kuffar, hanya pada Allah kami mengharapkan keredhaan.

0 komen:

FIKIRLAH APA AKHIRNYA, SEBELUM ENGKAU MEMULAINYA...