El-Hilm El-Muslimeen

Bismillah wassalam 'ala Rasulillah

Anda pernah dengar Palestin? Sudah tentu pernah (melainkan anda baru keluar dari pertapaan atau mengalami masalah ingatan yang serius). Aku pun baru ni amik perhatian setelah lama tenggelam dalam monolog sendiri lewat isu kenaikan harga minyak yang melampau. Ada apa dengan Palestin sebenarnya?

Aku takde niat nak menulis tentang Palestin. Mereka yang lebih arif lagi sahih beritanya ada menulis tentang itu (Sila klik di sini). Aku lebih kepada ingin berkongsi sesuatu yang aku jumpa setelah lama mencari. Satu lagu yang best...huhuhu.

El-Hilm El-Araby...Teringat kembali ustaz aku pasang melalui corong pembesar suara asrama sewaktu aku masih bergelar pelajar sekolah menengah dahulu. Sekali dengar, sepatah hape pun aku tak paham. Agyal wara agyal, hat'ish 'ala hilmina...willee nugulihil yom, mahsub 'ala 'umrina. Bahasa Ammi. Macam bahasa yahudi pun ada gak. Yom Kippur. Shalom.

El-Hilm El-Araby...Mulanya aku ingat kesantunan orang arab, tapi macam tak kena pulak sebab ramai orang cakap orang arab kasar-kasar lakunya. Tu yang makin aku teruja nak tau. Nak tau tang mana santunnya orang arab.

Aku dapat videonya baru-baru ni. Available upon request.

El-Hilm El-Araby...Rupanya maksudnya mimpi orang arab. Dapat tangkap sikit2 maknanya setelah ditranslate oleh online translator. "Mimpi itu bukan suatu yang mustahil, selagi kita dapat merealisasikannya. Jika malam itu terasa panjang, pastilah sesudahnya pagi akan menjelang". Dan pada rangkap lain (yang diterjemah secara rambang dan mungkin salah), "Impian kami sepanjang zaman, bersatunya semua negara, segala perbezaan dapat dihilangkan, dan memadailah anda sebagai manusia".

Satu yang aku tak berapa paham. Background lagu gambar Al-Quds. Ada orang kena tembak, kena pukul. Tak lama lepas tu keluar pak arab suara macam pempuan, dan sorang pempuan muka macam Marylin Monroe. Yang mengherankan, Marylin Monroe sengih lebar nak maut. Kun enta bikulli ma fiik, in kaan lik wala 'aleik. Sepatah hape pun aku tak paham. Dan aku tak paham kenapa Marylin Monroe nak sengih2. Tapi tak apalah. Dia pun lawa.

Kemudian keluar sorang-sorang, mengalunkan mimpi-mimpi mereka. Mendendangkan harapan dan keluhan. Menyanyikan cita-cita dan impian. Pak arab biasalah berjubah, ada yang pakai kot. Mak arab fuh. Dressing macam nak pergi parti. Rambut tanak kalah, macam pelakon Beverly Hills 9210ape ntah. Masing-masing tersenyum dan tersengih. Macam kerang wangi. Maklumlah lawa.

Dan mimpi hanya tinggal mimpi.

Ada orang menulis, andai air minuman yang diminum para pemimpin Arab dalam persidangan dikumpulkan dan disimbah kat Israel, boleh hanyut dan tenggelam Israel tu. Hmm, menulis, sesuatu yang amat mudah. Duduk di atas kerusi atau bersila atas lantai. mengadap komputer, tekan-tekan keyboard, sekali-sekala search web untuk maklumat baru yang boleh dipersembahkan. Apa yang susah sangat.

Lagu tu lagi sesuai rasanya ditukar tajuk menjadi el-hilm el-muslimeen. Kami juga impikan perkara yang sama. Dan sebahagian dari kami masih lagi bermimpi. Dan akan terus bermimpi, hingga datangnya amrullah.

You know what I mean?

0 komen:

FIKIRLAH APA AKHIRNYA, SEBELUM ENGKAU MEMULAINYA...