Hari ni bentuk kerajaan...

بسم الله والسلام على رسول الله

Lepas debat antara Dato' Seri Anwar dengan Dato' Shabery Cheek malam semalam, aku dengan member aku cuba menjangka apa laporan surat khabar esok pagi (pagi ni la). Antara yang kami jangkakan - "Shabery Dapat Menjawab Semua Soalan Dengan Baik", Shabery Tak Serang Peribadi", "Shabery Hebat, Anwar Hujah Tak Matang"...lebih kurang macam tu la. Lepas tu kami gelak sakan sebab laporan macam tu...ish, memang takkan keluar la. Sebab nyata benar bohongnya. Paling koman kalau nak ampu sangat pun setakat "Kerajaan Kini Lebih Terbuka Dan Telus". Tak percaya, tanyalah orang yang dengar debat tu dengan aku malam semalam.

Tapi, memang menjadi kenyataan. Laporan kehebatan Dato' Shabery memang bebetul keluar. Tak percaya, tanyalah orang yang baca paper dengan aku pagi tadi.

Sekali lagi kami gelak - senyap-senyap - sebab kat library. Takleh buat bising.

Namun, dalam gelihati meneliti laporan akhbar Harian Metro tu, dalam hati aku sedikit berbisik...betapa parahnya sindrom 'pengampuan pemimpin' yang melanda media hari ni. Dan betapa pihak tertentu begitu komited menjadikan media sebagai kambing-kambing sengal ubi melampiaskan dakyah yang terang-terang amatlah bohongnya.

Tak percaya, tanyalah orang yang dengar debat tu dengan aku malam semalam.

Memetik kata-kata Madam Narimah (lecturer Anatomy aku) pagi tadi - Malaysian Politician are STUPID.

I rest my case.

FIKIRLAH APA AKHIRNYA, SEBELUM ENGKAU MEMULAINYA...